fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

IRDA Yakin Capai Sasaran Pelaburan RM383 Bilion Meskipun Berdepan Pandemik Covid-19

in Catalyst
A A
IRDA Yakin Capai Sasaran Pelaburan RM383 Bilion Meskipun Berdepan Pandemik Covid-19

Sumber Gambar : IRDA

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) – Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yakin dapat mencapai sasaran pelaburan berjumlah RM383 bilion menjelang 2025, selepas mencatatkan pelaburan kira-kira 87 peratus atau RM332 bilion setakat Jun 2020, meskipun berdepan dengan krisis pandemik COVID-19.

Pengarah Ekonomi dan Kemakmurannya, Engku Ahmad Kamel Engku Taib, berkata dengan pelaburan kira-kira RM50 bilion lagi dalam tempoh lima tahun akan datang, sasaran itu dijangka dapat dicapai. 

“Saya jangka akan ada cabaran, bergantung kepada selama mana krisis pandemik COVID-19 ini akan berlarutan, tetapi pada masa yang sama, saya percaya lambat laun orang akan perlu terus melabur dalam bahagian utama tertentu. 

“Dalam tempoh sukar, sering akan ada peluang baharu yang akan muncul,” katanya semasa webinar yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bertajuk “Siri Labur MIDA: Membuka Potensi Perniagaan Negeri-Negeri, taklimat oleh Kerajaan Negeri Johor” di sini, hari ini. 

Engku Ahmad Kamel berkata IRDA menerima banyak pertanyaan terutamanya dari negara-negara Barat untuk mahu memindahkan asas pembuatan mereka berikutan masalah yang dihadapi akibat daripada pertelagahan perdagangan Amerika Syarikat-China.

Walaupun syarikat-syarikat tidak akan keluar dari China disebabkan penggunaan pasaran domestik yang besar di negara itu, namun terdapat keperluan bagi mereka untuk memindahkan beberapa kemudahan, untuk mengatur rantaian bekalan mereka secara serantau, terutamanya di Amerika Syarikat.

Beliau berkata Johor yang terletak berdekatan dengan Singapura mempunyai kelebihan kerana banyak pengeluar, termasuk dari republik itu, memilih negeri tersebut sebagai aas pembuatan mereka kerana produk yang dikeluarkan mudah untuk diangkut menerusi laluan tambak. 

“Seperti yang kita tahu, Singapura memeterai lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA) berbanding kita yang memberikan banyak kelebihan kepada mereka manakala kerajaan kita terus berunding dan membangunkan FTA,” katanya.  

Menurutnya, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, cadangan FTA di rantau Asia Pasifik antara 10 negara anggota ASEAN dengan lima rakan FTA mereka  — Australia, China, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan — akan membuka banyak peluang bagi Malaysia.

Mengenai pencapaian pelaburan Iskandar Malaysia setakat ini, beliau berkata 58 peratus adalah daripada domestik dengan 34 peratus jumlah pelaburan dalam sektor seperti pembuatan  (79.61 peratus) dan sektor perkhidmatan lain, antaranya logistik, pelancongan dan penjagaan kesihatan.

Beliau berkata, setakat Jun tahun ini, wilayah itu menerima pelaburan kira-kira RM16 billon.

Engku Ahmad Kamel berkata pandemik itu telah menjejaskan banyak sektor di Iskandar Malaysia, antaranya, pelancongan, penjagaan kesihatan, industri kreatif dan pendidikan dengan semuanya melibatkan pergerakan orang ramai. 

Oleh itu, katanya, situasi ini memerlukan campur tangan kerajaan untuk meningkatkan mobiliti pengunjung, pelabur dan pekerja berpengetahuan terutamanya dari negara-negara selamat, seperti yang dilakukan beberapa negara jiran bagi membantu memulihkan ekonomi mereka.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share224ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

18 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In