• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Gagal Pertahankan Keuntungan Awal, Ditutup Lemah Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia gagal mempertahankan keuntungan awal yang diraih dan ia ditutup lemah pada sesi tengah hari ini.

Prestasi yang kurang memberangsangkan ini adalah disebabkan kebanyakan kaunter berkaitan indeks mula berubah menjadi rendah pada jam terakhir sesi urus niaga pagi.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.82 mata atau 0.19 peratus kepada 1,511.13 daripada 1,513.95 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks utama dibuka 5.38 mata lebih tinggi pada 1,519.33 dan bergerak antara 1,509.29 dan 1,520.31 sepanjang urus niaga sesi pagi.

Pergerakan harga pasaran bagaimanapun, kekal positif dengan saham untung mengatasi rugi 519 berbalas 401 manakala 434 kaunter tidak berubah, 791 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 4.58 bilion unit bernilai RM2.66 bilion.

Dalam notanya hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata FBM KLCI yang mengalami beberapa aktiviti jualan lewat semalam mungkin akan menyaksikan trend menurun hari ini.

“Paras sokongan segera ialah pada 1,510 sementara 1,500 ialah paras sokongan psikologi seterusnya,” kata firma pembrokeran itu.

Firma itu berkata ia turut mengesan peningkatan dalam penyertaan runcit di bursa tempatan di celah-celah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 14-27 Okt di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala di Sabah mulai 13-26 Okt.

Daripada 30 kaunter FBM KLCI, hampir dua pertiga kaunter berada dalam zon merah dengan kerugian diketuai oleh Petronas Dagangan yang turun 68 sen kepada RM19.14.

IOI Corp merosot sembilan sen kepada RM4.23, Public Bank jatuh 14 sen kepada RM15.96, PPB berkurangan 32 sen kepada RM19.18 dan Nestle lebih rendah sebanyak RM1.90 kepada RM139.60.

Nestle, Petronas Dagangan dan PPB juga adalah antara kaunter yang paling rugi.

Mah Sing kekal sebagai saham paling mendapat tumpuan di Bursa Malaysia, meningkat 19.5 sen kepada 92 sen.

Sementara itu, Southern Cable dan AT Systematization masing-masing naik setengah sen kepada 34.5 sen dan 7.5 sen, Luster Industries menokok 1.5 sen kepada 16 sen tetapi Kanger International menyusut satu sen kepada 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 1.60 mata kepada 10,979.60 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 19.43 mata kepada 13,192.70 manakala Indeks FBMT 100 merosot 5.77 mata kepada 10,784.55.

Indeks FBM 70 melonjak 47.78 mata kepada 14,601.92 dan FBM ACE mengukuh 121.99 mata kepada 10,997.84.

Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 21.89 mata kepada 12,441.70, Indeks Perladangan menyusut 35.06 mata kepada 6,877.65 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lega 0.04 mata kepada 144.21.

– BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share371ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In