KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — XOX Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, XOX (Hong Kong) Limited telah memperoleh 117.848.500 saham biasa dalam Nexion Technologies Limited (Nexion), merangkumi 16.37 peratus daripada modal saham terbitan dan berbayar syarikat pada harga RM23 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, XOX berkata pembelian itu diperoleh hari ini melalui pemindahan.
“Kos agregat pelaburan XOX di Nexion dalam tempoh 12 bulan mulai 14 Oktober 2020 adalah RM23,183,138. Pertimbangan tunai berjumlah RM23,183,138 untuk pengambilalihan itu berdasarkan pada harga pasaran Nexion yang berlaku ketika pembelian dan dibiayai melalui dana yang dihasilkan secara dalaman,” katanya.
Pengambilalihan itu akan menguntungkan XOX bagi meningkatkan kemampuannya untuk mendapat rangkaian tersebut, menangani cabaran keselamatan siber dan menjana aliran pendapatan baharu dengan menjual semula produk Nexion kepada pelanggan XOX.
Nexion, penyedia penyelesaian teknologi komunikasi dan maklumat, disenaraikan di Hong Kong Stock Exchange GEM Board dengan fokus kepada penyediaan infrastruktur siber dan penyelesaian keselamatan siber di Asia Tenggara melalui model Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX Bhd Ng, Kok Heng berkata pengambilalihan itu seiring dengan hala tuju kumpulan untuk terlibat dalam pembiayaan mikro, teknologi lejer digital terbuka dan aset berasaskan kandungan
“Ia juga berpotensi membolehkan kami memiliki kelebihan harga berbanding produk pesaing dan Nexion membenarkan kami menerajui pertumbuhan antarabangsa XOX,” katanya,
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->