KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — VS Industry Bhd (VSIB) telah memeterai perjanjian jual beli dan pembinaan dengan Ipark Development Sdn Bhd untuk membeli enam kawasan tanah dengan bangunan perindustrian bernilai RM98.77 juta di Johor Bahru, Johor.
VSIB berkata Ipark merupakan anak syarikat 80 peratus milik AME Integrated Sdn Bhd, yang sebaliknya dimiliki 99.9 peratus oleh AME Elite Consortium Bhd, pemaju taman perindustrian bersepadu di Malaysia, yang berpengkhususan dalam menyediakan taman perindustrian perkhidmatan sepenuhnya di Johor.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata pembelian tanah berukuran kira-kira 343,911.96 kaki persegi itu akan meningkatkan keupayaan pengeluarannya untuk tujuan pengembangan masa depan, termasuk merebut peluang yang timbul daripada ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China.
“Ini akan membolehkan kumpulan untuk terus mengembangkan perniagaannya kerana keupayaan pembuatan pada masa kini telah digunakan sepenuhnya.
“Menerusi pembelian itu, VSIB juga akan memindahkan ibu pejabatnya dan ini akan mengosongkan ruang di kilang sedia ada untuk memenuhi pesanan yang meningkat daripada pelanggan sedia ada,” katanya.
Ia berkata hartanah baharu yang terletak di lokasi strategik berdekatan dengan kilang sedia ada itu, akan membolehkan kumpulan memperluas keupayaannya dan pada masa sama mengekalkan kawalan pengurusan yang ketat terhadap operasi sedia ada, sekali gus meningkatkan keseluruhan sinergi dan kecekapan operasi.
VSIB berkata, sekiranya tiada sebarang halangan, pembelian itu dijangka selesai menjelang 30 Jun, 2021.
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->