KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan Thong Guan Industries Bhd menghentikan perancangan kilang di Myanmar, demikian menurut CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.
Firma pembrokeran itu berkata rancangan pengembangan syarikat juga telah diperlahankan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.
“Halangan yang terbesar adalah penutupan sempadan kerana Thong Guan Industries tidak dapat membawa jurutera untuk memasang mesin baharu bagi filem peregangan premium,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Ia berkata ini disebabkan kerana beberapa jurutera kontrak Thong Guan Industries berpangkalan di Singapura.
“Kami percaya masalah itu dapat diselesaikan sebaik sahaja kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membuka semula tambak,” katanya.
Walaupun begitu, CGS-CIMB Securities berkata pihaknya yakin terhadap rancangan pengembangan syarikat Thong Guan Industries yang akan datang dapat meningkatkan permintaan untuk produk filem premium dan terbitan saham bonus dapat membantu melonjakkan kecairan di kaunter.
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->