• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sunway, Jetro Pilih 5 Syarikat Jepun Perluas Operasi Di Malaysia

in Catalyst
A A
Sunway, Jetro Pilih 5 Syarikat Jepun Perluas Operasi Di Malaysia

Sumber Gambar : Sunway City

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Sebanyak lima syarikat pemula niaga Jepun telah dipilih untuk memperluas operasi di Malaysia susulan program pemecut perniagaan selama 10 bulan oleh Sunway iLabs menerusi kerjasama dengan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO).

Syarikat-syarikat terbabit adalah Allm Inc., Smart Drive, Value Drivers, BTM Blockchain Technology dan Japan Learning.

Ketua Pegawai Inovasi Sunway Group merangkap Pengarah Sunway iLabs Matt van Leeuwen berkata program yang bermula pada November 2019, bertujuan memacu pengembangan syarikat pemula niaga terpilih Jepun di Malaysia dengan memanfaatkan kelebihan bandar lestari dan pintar berkelas dunia serta ekosistem inovasi — Sunway City Kuala Lumpur.

Beliau turut menyifatkan Sunway City Kuala Lumpur sebagai ‘makmal hidup’ yang terus menjana idea-idea inovatif serta dapat menangani cabaran dihadapi manusia.

“Kami membangunkan program pemecut Sunway iLabs-JETRO Kuala Lumpur dan telah membantu mempermudah perbincangan antara rakan industri dan penyelidik serta menghubungkan syarikat pemula niaga Jepun dengan ekosistem tempatan, termasuk penyedia modal teroka, pelabur mangkin, usahawan dan korporat.

“Selain itu, kami akan turut meninjau untuk mewujudkan program serupa bagi menarik pelabur langsung asing ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua daripada syarikat pemula niaga tersebut — Smart Drive yang merupakan perintis perkhidmatan mobiliti dan penyelesaian berpangkalan di Jepun dan Allm Inc, penyedia teknologi bagi industri penjagaan kesihatan telah membuka pejabat masing-masing di Malaysia di Sunway Future X.

Sunway Future X merupakan hab pembangunan kemahiran dan inovasi terbaharu yang menumpukan pengembangan teknologi membabitkan lima bidang teras iaitu Bandar Pintar, Agrifoodtech (teknologi agrimakanan), Edutech (teknologi pendidikan), Digital Kesihatan dan e-Dagang.

Sementara itu, Pengarah Urusan JETRO Kuala Lumpur Mai Onozawa berkata banyak syarikat Jepun yang semakin berminat untuk mengenal pasti inovasi-inovasi terbaharu syarikat asing dalam usaha membawa masuk idea dan teknologi ke pasaran Jepun serta rangkaian pelanggan global.

“Kami dapat memperhebatkan kerjasama dan kolaboratif antara kedua-dua negara menerusi pemangkin tepat seperti Sunway Group yang telah membuka jaringan serta sumber untuk membangunkan usaha sedemikian,” katanya.

Selain itu, program yang menumpukan aspek perkongsian ilmu, sesi bimbingan dan kemahiran tempatan, juga membolehkan syarikat pemula niaga mengetahui ekosistem tempatan, landskap industri, budaya niaga dan peraturan berkaitan.

Syarikat pemula niaga itu juga dapat merangka semula straregi bagi menawarkan produk sesuai dan tepat pada masanya selain meningkatkan keberkesanan menerusi pembangunan produk yang bercirikan tempatan serta menepati keinginan pengguna pada kos lebih murah.

Lebih 700 peserta terbabit dalam sesi secara maya bertajuk ‘Breaking the code of Japanese-Malaysian Partnerships’ dalam pusingan akhir program itu pada 13 Ogos, 2020.

— BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share263ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In