fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Standard Chartered Kekal Pandangan Bagi Kadar Dasar Tidak Berubah

in Berita
A A
Standard Chartered Kekal Pandangan Bagi Kadar Dasar Tidak Berubah

Sumber Gambar : Bloomberg

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Walaupun wujud kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar faedah sekali lagi pada November ini, namun Standard Chartered menerusi penyelidikan globalnya mengekalkan saranan bagi kadar dasar tidak berubah.

Ini susulan pengekangan peningkatan kes jangkitan COVID-19 telah sedia dijangkakan bank pusat, manakala kadar aktiviti ekonomi tidak mungkin perlahan seperti semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini.

“BNM mungkin sedikit terbuka sekarang dan kita lihat risiko pengurangan kadar oleh BNM sekali lagi pada November namun, kami mengekalkan saranan kami untuk kadar dasar tidak berubah.

“Kadar itu sememangnya rendah dalam sejarah dan pengurangan sekali lagi mungkin hanya memberi kesan yang agak terhad (dengan sekatan pergerakan dilaksanakan) dan mengurangkan ruang dasar masa depan,” menurut Standard Chartered menerusi nota penyelidikannya hari ini.

Ia menjangkakan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020 susut sebanyak 0.4 mata peratusan susulan PKPB selama dua minggu yang dikuatkuasakan sekarang.

“Pengiraan dan andaian kami adalah berasaskan data KDNK suku kedua, mengunjurkan ekonomi beroperasi pada kapasiti 67 peratus (-33 peratus) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (pertengahan Mac hingga awal Mei),” menurutnya.

Bank itu berkata semasa PKP, mobiliti Google menunjukkan aktiviti transit mencatatkan penyimpangan sebanyak 78 peratus daripada paras asas.

Semasa tempoh PKPB (awal Mei hingga awal Jun), data mobiliti Google turut menunjukkan aktiviti transit merekodkan penyimpangan sebanyak 54 peratus  daripada para asas.

Standard Chartered berkata oleh itu, pasukan penyelidikannya menjangkakan ekonomi ini beroperasi pada 77 peratus (-23 peratus) semasa PKPB kali ini.

Gelombang kedua pandemik COVID-19 di Malaysia telah mendorong pihak berkuasa menguatkuasakan semula PKPB selama dua minggu mulai hari ini bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya manakala bermula 13 Okt di Sabah.

Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah menyumbang 46.7 peratus kepada KDNK Malaysia setiap tahun dan 3.9 peratus sebulan.

PKPB selama dua minggu ini dijangka mengakibatkan penurunan KDNK sebanyak 0.4 mata peratusan.

Bank ini terus menjangkakan KDNK 2020 pada penguncupan 4.4 peratus memandangkan ia mengambil kira hanya senario pemulihan beransur-ansur sebelum ini namun mengakui risiko penurunan unjurannya.

Unjuran KDNK 2020 Malaysia oleh kerajaan adalah di antara -5.5 peratus dengan -3.5 peratus.

“Berasaskan andaian bahawa kes asas tidak mengambil kira pelaksanaan semula langkah sekatan pergerakan, PKPB selama dua minggu ini mungkin menurunkan penengah 2020 untuk unjuran KDNK kepada -5.0 peratus, yang masih dalam lingkungan unjuran tersebut,” menurutnya.

— BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share207ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In