• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Samaiden Group Disenaraikan Di Pasaran ACE Pada RM1.00, Premium 108.3%

in Catalyst
A A
IPO Samaiden Lebih Langganan 65.91 Kali

Sumber Gambar : NST

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 15 Okt  (Bernama) — Samaiden Group Bhd, penyedia penyelesaian tenaga boleh diperbaharui (RE), membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE  Bursa Malaysia pagi ini pada harga RM1.00 dengan premium sebanyak 108.3 peratus atau 52 sen daripada harga Tawaran Awam Permulaan (IPO) 48 sen sesaham.

Ketika dibuka, syarikat itu menyaksikan 9.23 juta sahamnya diniagakan.

Pengarah Urusan Kumpulan Chow Pui Hee berkata penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia, yang dijalankan secara maya, melakar sejarah kerana ia merupakan syarikat pertama disenaraikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

“Walaupun ia amat mencabar kerana PKPB, kami dapat mengatasinya dengan baik dengan sokongan dan kerjasama semua pemegang kepentingan, termasuk penasihat prinsipal kami dan Bursa Malaysia,” kata beliau dalam sidang media maya pagi ini.

Samaiden terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) sistem solar fotovoltaik (PV) dan loji kuasa, serta penyediaan perkhidmatan perundingan RE dan persekitaran serta perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan.

Chow berkata walaupun dengan PKPB, operasi syarikat akan beroperasi seperti biasa kerana kesemua prosedur dalaman, Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti mengendalikan mesyuarat, bekerja sama ada di rumah, pejabat ataupun lapangan, telah ada.

Meskipun aktiviti pergerakan dan perjalanan adalah terhad, beliau percaya ia tidak akan memberi kesan signifikan kepada operasi syarikat.

Dengan memanfaatkan rekod cemerlang syarikat sejak beberapa tahun lepas, Chow berharap syarikat akan terus memberikan hasil yang baik kepada pemegang kepentingan kerana prospek untuk sektor itu amat cerah.

“Seperti yang kita dapat lihat pada harga pembukaan dan lebihan langganan IPO kami baru-baru ini, ia mencerminkan sektor ini begitu positif.

Sebelum ini, tawaran syarikat sebanyak 10.5 juta saham baharu mencatatkan lebihan langganan 56.5 kali.

Setakat 1 Sept, 2020, perolehan kontrak syarikat ialah RM31 juta.

Sementara itu, di bursa tempatan pagi ini, Samaiden muncul sebagai syarikat paling untung dan antara saham paling cergas diniagakan.

Syarikat bercadang mengumpul sebanyak RM29.35 juta daripada IPO.

Menurut prospektus syarikat, 24 peratus atau RM7 juta daripada perolehan IPO akan digunakan untuk pejabat korporat baharu syarikat dengan kemudahan penyimpanan modul PV dan peralatan dan bahagian yang berkaitan untuk menyokong pertumbuhan perniagaannya.

Sebanyak sembilan peratus lagi akan dimanfaatkan untuk menubuhkan pejabat jualan dan teknikal di Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Vietnam manakala 57 peratus diperuntukkan bagi jumlah modal kerja dan perbelanjaan modal.

— BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share368ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In