
Sebelum ini kita telah pun belajar mengenai asas dalam artikel Apa Itu Leader Dan Laggard, yang merupakan salah satu cara berpotensi tinggi untuk menjana keuntungan daripada pasaran Bursa Malaysia tanpa perlu mengkaji mendalam terhadap Langkah-Langkah Pemilihan Saham Berdasarkan Carta.
Jom kita berkenalan dulu dengan sektor 5G sebelum kita pergi lebih jauh dalam mengenal pasti siapa Leader dan siapa Laggard dalam industri ini.
Teknologi Masa Hadapan, 5G
Teknologi 5G bukan lagi suatu impian bahkan kini ianya merupakan satu keperluan dalam menghadapi dunia penuh persaingan digital. Menurut Ketua Nokia Malaysia Datuk Siva Shanmugam, beliau berpendapat bahawa teknologi 5G akan membolehkan pendigitalan industri dibuat dalam tempoh yang lebih pendek; khususnya bagi mereka bentuk dan membina penyelesaian serta membantu organisasi menyediakan teknologi terkini.
5G sudah pun tersedia bagi mewujudkan dunia yang lebih pintar, selamat dan bersedia bagi mengharungi cabaran terkini dan juga menyediakan ekonomi Malaysia ke arah persekitaran yang lebih digital.

Biarpun ekonomi dilihat lembap selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan yang menyekat pergerakan aktiviti ekonomi, kumpulan Axiata pula bersedia untuk membelanjakan sehingga RM4 bilion untuk memenuhi permintaan sektor 5G. Terdapat ura–ura yang mengatakan kontrak besar ini menjadi tumpuan vendor bertaraf global seperti Huawei dan Ericsson.
Mengikut pasaran modal terkini yang berjumlah RM27 bilion, Axiata merupakan syarikat ketiga terbesar di Malaysia yang menyediakan servis telekomunikasi prabayar, pascabayar, jaringan tanpa kabel juga sambungan kabel optik.

Dengan jangkaan berbilion ringgit pendapatan dan sehingga 24 ribu peluang pekerjaan untuk sektor 5G, sudah tentu Axiata juga ingin mengambil tempat dalam persaingan sihat bersama Maxis dan juga Digi.
Konsep “Where The Money Flows” Menentukan Siapa Leader dan Siapa Laggard
Menggunakan konsep Where The Money Flows yang pernah dikupas sebelum ini, sebarang berita mengenai 5G menjadi catalyst kepada sektor 5G juga, termasuklah kerja–kerja infrastruktur atau servis yang berkaitan dengan sektor 5G. Hal ini kerana, biarpun Axiata yang membelanjakan bajet yang besar, sudah tentu terdapat beberapa syarikat yang akan mendapat manfaat, dalam masa yang sama membantu syarikat Axiata juga sebagai suatu kerja usaha sama membangunkan sektor 5G di Malaysia ini.

Sebagai contoh berita di atas, terdapat pergerakan harga saham Axiata mulai 27 Mei 2020, iaitu hari yang sama berita mengenai perbelanjaan RM4 bilion untuk perniagaan 5G. Dapat kita mengenal pasti Axiata adalah Leader apabila pergerakan sahamnya belum naik dengan banyak sehinggalah berita mengenai 5G keluar terlebih dahulu.

Kemudiannya dapat kita melihat juga pergerakan Laggard seperti syarikat Opcom. Melihat kepada carta saham syarikat,dengan mudah kita dapat mengenal pasti bahawa Opcom merupakan Laggard kepada Axiata kerana pergerakan harga sahamnya sedikit lambat apabila berita mengenai 5G telah pun dikeluarkan pada 27 Mei 2020.

Opcom turut mendapat manfaat daripada segmen 5G kerana Opcom merupakan salah sebuah syarikat terbesar menghasilkan kabel optik berkelajuan tinggi. Secara logiknya juga, Opcom merupakan syarikat yang layak untuk menjadi kontraktor utama bagi menyediakan khidmat kejuruteraan dan juga pemasangan kabel optik.

Begitu juga syarikat Inari, terdapat pergerakan harga sahamnya mulai naik sehari selepas berita tersebut dikeluarkan, menjadi Laggard kepada berita Axiata tadi walaupun Inari memainkan peranan Leader untuk sektornya tersendiri.

Walaupun Inari bukanlah merupakan operator syarikat telekomunikasi atau menyediakan khidmat penyediaan infra 5G, namun Inari merupakan syarikat yang menghasilkan cip radio untuk sektor 5G. Maka sudah tentu, syarikat ini juga mendapat manfaat daripada berita–berita baik mengenai 5G.
ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dulu semasa PKP leader-leader saham sarung tangan getah mencatat prestasi keuntungan luar biasa.
Kalau belum tahu, leader bagi saham syarikat sarung tangan getah adalah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx
Biasanya bila dah terlepas kapal, kita akan perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula seperti
• HLT
• Rubberex
• Adventa
Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…
Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.
Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)
Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.
➡️
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), teknologi, penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas) dan banyak lagi.
Dengarnya saham-saham teknologi pula akan terbang? Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…
Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)