• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Godell Meterai 2 Perjanjian Bekalan LNG Dengan Petronas

in Catalyst
A A
Petronas Dan Rakan Kongsi Mulakan Pengeluaran Gas Di Oman

Sumber Gambar : The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Godell Gas International Sdn Bhd (GGI) memeterai dua perjanjian bekalan gas asli cecair (LNG) dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikatnya, Petronas Dagangan Bhd (PDB), untuk menampung peningkatan permintaan terhadap tenaga bersih di Malaysia.

Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan GGI Raja Azhar Raja Ismail berkata syarikat bekalan dan pengedaran LNG bersepadu penuh itu berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan Petronas dalam usaha mentransformasikan landskap pengedaran LNG Malaysia.

“Kami komited untuk menyediakan kepakaran kami bagi memastikan LNG mudah diakses dan memastikan keperluan tenaga bersih pelanggan kami dapat dipenuhi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Menerusi perjanjian bekalan LNG pertama, Petronas akan membekalkan LNG kepada GGI menerusi Terminal Pengegasan Semula di Pengerang, Johor.

GGI kemudiannya akan memasarkan dan menghantar LNG kepada pelanggan luar grid di seluruh Malaysia menerusi sistem saluran paip maya (VPS)  ke kemudahan penyimpanan dan pengewapan yang dibiayai, dibina dan dikendalikan oleh CGI di premis perniagaan pelanggan masing-masing. 

“Pada masa depan, industri di Malaysia yang tidak dihubungkan ke prasarana gas asli akan dapat bertukar kepada gas sebagai satu bentuk alternatif tenaga bersih. 

“Model perniagaan yang diguna pakai oleh GGI bagi inisiatif LNG Malaysia menawarkan entri pelaburan sifar bagi setiap pelanggan bagi peralihan kepada LNG sebagai kegunaan tenaga,” kata Raja Azhar.

Perjanjian bekalan LNG kedua adalah GGI menjadi rakan perkhidmatan pengisian minyak Petronas.

LNG yang dibekalkan oleh Petronas akan diedarkan kepada kapal yang menggunakan LNG di perairan Malaysia menerusi perkhidmatan pengisian minyak kapal ke kapal di Malaysia.

Menerusi perjanjian itu, GGI akan mendapatkan kapal-kapal yang menerima bahan bakar LNG dan membantu perkhidmatan pengisian minyak STS.  

“GGI juga komited untuk membina, memiliki dan mengendali kapal mengisi minyak LNG 12,000 meter padu bendera Malaysia pertama, yang pertama daripada tiga siri, yang dijangka diserahkan pada separuh kedua 2020. 

“Dengan kapal mengisi minyak LNG, GGI meletakkan dirinya sebagai satu daripada pemain utama dalam industri pengisian minyak LNG, menyokong aspirasi Petronas dan Malaysia untuk menjadi pemain utama dalam perkhidmatan pengisian minyak LNG serantau,” kata GGI.

Bersempena dengan inisiatif tersebut, GGI telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan CPP Petroleum Engineering (M) Sdn Bhd (CPP) dan juga China Construction Bank (Malaysia) Bhd (CCB) untuk menjalin kerjasama bagi menyokong projek pengisian minyak LNG dan VPS.

— BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share291ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In