• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

FGV Berhubung Dengan CBP Dapatkan Penjelasan Berkaitan WRO

in Catalyst
A A
FGV Komited Dukung Standard Tenaga Kerja, Kecewa Tindakan AS

Sumber Gambar : FGV

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Lembaga Pengarah FGV Holdings Bhd (FGV) telah berhubung dengan Jabatan Perlindungan Sempadan dan Kastam (CBP) Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan penjelasan mengenai hasil siasatannya dan langkah yang wajar diambil oleh FGV untuk membatalkan Perintah Tahanan Pelepasan (WRO).

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata maklumat berkaitan hasil siasatan CBP itu penting bagi membolehkan FGV menangani dan menyelesaikan sebarang jurang yang ada dalam amalannya.  

“FGV telah berhubung dengan CBP menerusi satu panggil sidang pada 8 Okt, 2020. Bagaimanapun, CBP tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat berkaitan hasil siasatan mereka kecuali penyelidikannya telah mengenal pasti 11 petunjuk Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) berkaitan buruh paksa dalam amalan FGV.  

“CBP tidak menjelaskan sebarang maklumat lanjut tentang dapatan tersebut termasuk jenis dan lokasi sebarang insiden yang dikaitkan dengan petunjuk berkenaan,” kata FGV. 

Pengeluar minyak sawit itu berkata CBP memaklumkan kepada FGV bahawa ia akan mempertimbangkan untuk menghantar petisyen membatalkan WRO itu yang disertakan dengan maklumat atau laporan audit  daripada firma pengauditan pihak ketiga yang boleh dipercayai dan adil. 

“Berkaitan perkara ini, FGV telahpun berhubung dengan beberapa organisasi bebas untuk melakukan audit ke atas operasi syarikat. 

“FGV menjangka memuktamadkan pelantikan firma audit ini dalam masa beberapa minggu akan datang dan memulakan proses audit sejurus selepasnya,” kata syarikat itu.

Pada 30 September lalu, CBP melarang import minyak sawit dan semua produk sawit yang dikeluarkan FGV, anak syarikat atau usaha samanya susulan siasatan badan itu yang mendakwa berlaku amalan buruh paksa.

FGV berkata, ia komited untuk mengambil langkah yang perlu bagi membatalkan WRO itu dan berterima kasih kepada CBP kerana bersedia untuk berbincang perkara tersebut dengan FGV, 

Pada masa yang sama, FGV berkata, ia terus komited melaksanakan pelan tindakannya di bawah gabungannya dengan Fair Labor Association yang  berpangkalan di Washington.

— BERNAMA

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah?

SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU

1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.

2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.

3. Kalau nak tahu, pasaran saham Amerika Syarikat adalah yang terbesar di dunia. Nilai keseluruhan pasaran saham Amerika Syarikat adalah sebanyak USD36 trilion – 43% daripada nilai keseluruhan pasaran saham yang ada di seluruh dunia!

Memperkenalkan: WEBINAR SAHAM WALL STREET
Tarikh: 24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Ini bukan seminar cap ayam. Alhamdulillah seminar ini mendapat kerjasama Islamicly dan CGS-CIMB Securities. Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.

Cepat rebut harga promosi. Klik >>SINI untuk maklumat lanjut.

Share357ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In