fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Sesi Tengah Hari, Pelabur Kecewa Dengan Kejatuhan Di Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 15 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia kekal dalam zon negatif ketika mengakhiri sesi dagangan awal hari ini dengan para pelabur kecewa selepas menyaksikan prestasi lemah semalaman di pasaran Amerika Syarikat.

Indeks utama turut bergerak seiring dengan trend menurun di pasaran serantau yang lain.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 3.84 mata atau 0.25 peratus kepada 1,519.41 daripada 1,523.25 ketika ditutup semalam.

Petunjuk pasaran dibuka 1.81 mata lebih rendah pada 1,521.44 dan bergerak antara 1,512.96 dan 1,524.03 sepanjang sesi dagangan pagi.

Pergerakan harga pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 498 berbalas 386 manakala 445 kaunter tidak berubah, 798 tidak diniagakan dan 24 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.59 bilion unit bernilai RM2.75 bilion.

Di pasaran serantau, Indeks Straits Times Singapura merosot 0.80 peratus kepada 2,535.07,  Nikkei Jepun turun 0.53 peratus kepada 23,500.77 dan Indeks Hang Seng Hong Kong pula 1.28 peratus lebih rendah kepada  24,350.44.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata pasaran saham AS ditutup teramat rendah semalaman kerana harapan untuk pakej rangsangan awal semakin pudar.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan pasaran serantau termasuk Bursa Malaysia kekal bercampur-campur dengan menghala kepada penurunan,” katanya.

Pada waktu rehat tengah hari, hampir dua pertiga daripada 30 kaunter FBM KLCI berada dalam zon merah dengan Top Glove mendahului kerugian selepas jatuh 14 sen kepada RM9.34.

Digi dan IOI Corp masing-masing lemah lapan sen kepada RM4.02 dan RM4.37, Hartalega turun 10 sen kepada RM18.06 dan Axiata merosot tiga sen kepada RM2.87.

Di pasaran yang lebih luas, saham paling cergas didagangkan termasuk Metronic Global yang turun 2.5 sen kepada 7.5 sen sementara Luster Industries naik satu sen kepada 15 sen, ES Ceramics meningkat 11 sen kepada 93 sen dan Advance Synergy tidak berubah pada 19.5 sen.

Samaiden yang baharu disenaraikan di Pasaran ACE mengukuh 47.5 sen kepada 95.5 sen.

Saham paling rugi ialah F&N yang turun 50 sen kepada RM32.5, Rubberex susut 25 sen kepada RM7.77; Carlsberg jatuh 24 sen kepada RM19.02; KESM 29 sen lebih rendah kepada RM8.60 dan Supermax turun 14 sen kepada RM10.50.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 17.74 mata kepada 11,007.92 dan Indeks FBM Emas Syariah menyusut 32.88 mata kepada 13,220.66.

Indeks FBMT 100 menguncup 20.13 mata kepada 10,819.13, FBM ACE turun 40.63 mata kepada 10,930.66 sementara FBM 70 memperoleh keuntungan kecil 0.95 mata kepada 14,553,73.

Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 9.85 mata kepada 12.460.81, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.27 mata kepada 144.53 sementara Indeks Perladangan merosot 16.19 mata kepada 6.953.29

– BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

6 days ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In