fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki kebanyakan bursa serantau selepas saham Amerika Syarikat (AS) rendah pada Rabu.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.22 mata, atau 0.08 peratus kepada 1,522.03 daripada 1,523.25 semasa ditutup pada Rabu.

Barometer pasaran dibuka rendah 1.81 mata kepada 1,521.44.

Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 231 berbanding 137, manakala 280 kaunter tidak berubah, 1,479 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 326.57 juta unit bernilai RM237.20 juta.

Public Investment Bank Bhd, dalam nota, berkata FBM KLCI dibuka rendah selepas saham AS susut pada Rabu, berikutan pelabur menilai berita mengenai pendapatan daripada Goldman Sachs dan Bank of America, dan berikutan petunjuk daripada situasi COVID-19 di peringkat global yang membimbangkan menyebabkan pelabur tidak memasuki pasaran.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat bahawa konsolidasi akan terus menjadi aspek utama pada masa akan datang, berikutan kes COVID-19 yang meningkat baru-baru ini boleh mempengaruhi prospek pemulihan ekonomi.

“Langkah Jabatan Buruh (DOL) AS untuk menambah sarung tangan getah Malaysia dalam senarai terkini untuk produk yang dihasilkan menggunakan buruh paksa turut menyebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi sarung tangan hari ini. 

“Selain itu, pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyaksikan aktiviti dagangan meningkat berikutan belian secara bergilir-gilir beralih kepada bidang tematik penjagaan kesihatan,” katanya dalam nota berasingan.

Dari segi teknikal, firma broker itu menjangka konsolidasi dijangka berpanjangan dengan paras halangan segera kekal pada 1,540, diikuti 1,555, manakala paras sokongan berada pada 1,490, diikuti 1,480. 

Daripada 30 komponen FBM KLCI, separuh daripadanya diniagakan tidak berubah.

Kemerosotan dalam kaunter indeks utama diterajui oleh IOI Corp yang susut lapan sen kepada RM4.37. Public Bank merosot 10 sen kepada RM15.84, Digi berkurangan empat sen kepada RM4.06, KLK turun 16 sen kepada RM22.00, dan Hap Seng Consolidation merosot enam sen kepada RM7.45.

Saham paling cergas termasuklah Samaiden, naik 55 sen kepada RM1.03, Key Alliance, meningkat setengah sen kepada lapan sen, Dataprep, menambah satu sen kepada 24 sen, manakala Metronic Global susut satu sen kepada sembilan sen dan warannya tidak berubah pada tiga sen.

Kaunter paling rugi termasuklah Dutch Lady dan Nestle, masing-masing merosot 10 sen kepada RM38.00 dan RM139.30, dan Ge-Shen, turun 5.5 sen kepada 61.5 sen.

Kaunter paling untung termasuklah MPI, menambah 20 sen kepada RM20.16, Rubberex, naik 18 sen kepada RM8.20 dan Bursa Malaysia meningkat 12 sen kepada RM8.60.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 7.76 mata kepada 11,033.42 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 18.14 mata kepada 13,271.68. 

Indeks FBMT 100 susut 1.37 mata kepada 10,837.89, bagaimanapun FBM 70 naik 26.62 mata kepada 14,579.40 dan FBM ACE melonjak 68.63 mata kepada 11,039.92.

Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 3.84 mata kepada 12,447.11, Indeks Perladangan naik 21.01 mata kepada 6,990.49, serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.02 mata kepada 144.28.

— BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In