KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) telah menyemak semula unjuran penggunaan getah asli (NR) di peringkat global kepada 12.61 juta tan tahun ini dengan penyusutan 8.4 peratus berbanding 2019.
Berikutan aktiviti ekonomi yang kembali bermula di seluruh negara dan pemulihan ekonomi yang lebih cepat daripada dijangka di China, ANRPC menjangkakan penggunaan yang lebih baik untuk tempoh berbaki empat bulan lagi pada tahun ini, dengan kemerosotan hanya 1.8 peratus tahun ke tahun dalam tempoh itu.
Unjuran bagi 2020 yang dilaporkan sebulan yang lepas berjumlah RM12.54 juta tan dengan 8.9 peratus kemerosotan berbanding tahun sebelumnya, menurut persatuan itu dalam Perangkaan dan Trend Getah Asli bagi September 2020 yang dikeluarkan hari ini.
ANRPC turut menyemak semula pengeluaran global bagi 2020 sebanyak 12.90 juta tan, iaitu penurunan 6.8 peratus berbanding tahun lepas.
“Unjuran semakan semula ini adalah 1.9 mata peratusan lebih rendah berbanding unjuran yang dilaporkan sebulan sebelumnya iaitu 13.15 juta tan dengan mencatat 4.9 peratus kemerosotan,” katanya.
Ia menjangkakan penurunan 3.8 peratus untuk tempoh empat bulan yang berbaki tahun ini selepas pengeluaran bagi lapan bulan pertama turun 8.7 peratus tahun ke tahun kepada 7.78 juta tan.
Mengenai harga NR, ANRPC berkata ia semakin meningkat pada September 2020 pada tahap yang berbeza-beza melibatkan pelbagai gred dan pasaran fizikal yang berlainan.
Dalam kalangan pelbagai gred dan pasaran, gred RSS3 di FOB Bangkok pada September 2020 adalah pada purata 13.8 peratus melebihi purata yang dicatatkan pada Ogos 2020.
Berbanding harga purata Ogos 2020, harga purata pada September 2020 meningkat 5.9 peratus bagi STR20 di FOB Bangkok, 4.7 peratus bagi SMR20 di FOB Kuala Lumpur, 3.5 peratus bagi RSS4 di pasaran tempatan Kottayam di India dan 4.6 peratus bagi susu getah pukal di pasaran tempatan Kuala Lumpur.
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->