fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pasaran Hartanah Saksikan Pembetulan Harga Dalam Separuh Pertama 2020

in Berita
A A
Pasaran Hartanah Saksikan Pembetulan Harga Dalam Separuh Pertama 2020

Sumber Gambar : MOF

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Pasaran hartanah telah menyaksikan pembetulan harga dengan lebih banyak rumah mampu milik dilancarkan pada separuh pertama 2020.

Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Aina Edayu Ahmad berkata sebahagian daripada pelancaran baharu pada separuh pertama 2020 terdiri daripada rumah berharga RM300,000 dan ke bawah (6,657 unit), manakala kediaman bernilai RM300,000 hingga RM500,000 merangkumi 28.9 peratus (4,476 unit) dan rumah berharga lebih RM500,000 adalah sebanyak 21.1 peratus (2,161 unit). 

“Jadi kami lihat pasaran telah membuat pembetulan sendiri. Pada tahun sebelum ini, kami menyaksikan banyak pelancaran baharu dalam segmen mewah tetapi sekarang ini, pelancaran lebih banyak tertumpu kepada harga RM300,000 dan ke bawah,” katanya dalam satu pembentangan mengenai Tinjauan Keseluruhan Prospek Hartanah Malaysia pada Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia ke-13 di sini hari ini.

Beliau mewakili Ketua Pengarah NAPIC, A’zmi Abdul Latif. 

Pelancaran kediaman baharu, bagaimanapun mencatatkan penurunan ketara sebanyak 43.6 peratus kepada 13,294 unit pada separuh pertama 2020 berbanding sebanyak 23,591 unit dalam separuh pertama 2019. 

Beliau berkata semua aktiviti pasaran hartanah kediaman mencatatkan penurunan, ini membawa kepada kemerosotan yang besar dalam sektor hartanah secara menyeluruh.

“Sektor kediaman kekal sebagai penyumbang utama kepada sektor hartanah, merangkumi lebih 65 peratus daripada jumlah dan hampir 55 peratus daripada segi nilai,” katanya.

Aina Edayu berkata Selangor dan Johor mempunyai tumpuan hartanah terbanyak dalam sektor kediaman, komersial dan perindustrian. 

“Daripada segi harga, hartanah kediaman bernilai RM300,000 dan ke bawah mendapat permintaan yang besar dalam pasaran, itulah sebabnya kami harus memberi tumpuan kepada rumah mampu milik agar aspirasi negara tercapai,” katanya. 

Bagaimanapun, walaupun permintaan untuk jajaran harga yang berpatutan adalah lebih tinggi, kemampuan juga menjadi satu isu yang utama memandangkan ia tertakluk kepada kelulusan pinjaman.

NAPIC tidak menjangkakan harga akan jatuh dengan ketara walaupun harga menurun pada suku kedua 2020 berbanding suku pertama tahun ini disebabkan harga seolah-olahnya tidak berubah, jika didasarkan kepada Indeks Harga Rumah Malaysia (MHPI), yang menunjukkan pergerakan harga sedang meningkat secara beransur-ansur sejak lima tahun lepas. 

Mengenai unit kediaman yang siap dibina tetapi tidak terjual, katanya pada separuh pertama 2020, bilangan hartanah kediaman tidak terjual naik kepada 31,661 unit bernilai RM20.03 bilion, berbanding hanya 30,664 unit bernilai RM18.82 bilion pada separuh kedua 2019, kebanyakannya adalah hartanah kediaman bertingkat tinggi. 

Daripada unit yang tidak terjual ini, 21,683 adalah pangsapuri servis bernilai RM18.64 bilion, meningkat 26.5 peratus dalam jumlah dan 32.8 peratus dalam nilai daripada 17,142 unit bernilai RM15.04 bilion pada separuh kedua 2019. 

Aina Edayu menjelaskan unit kediaman yang tidak terjual dalam pangsapuri servis terus bertambah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Unit berharga lebih RM1 juta merangkumi hampir satu pertiga (28.2 peratus) daripada unit yang tidak terjual, manakala unit dalam jajaran harga RM600,000 dan RM900,000 menyumbang sebanyak 47 peratus.

“Hampir 16,000 daripada jumlah keseluruhan pangsapuri khidmat yang tidak terjual terletak di Johor, yang mana 34.3 peratus daripadanya berharga lebih RM1 juta,” katanya sambil menambah Selangor mempunyai 2,400 unit yang tidak terjual; 40.8 peratus daripadanya berharga antara RM500,001 hingga RM600,000. 

“Data juga mencerminkan hartanah melebihi jajaran harga RM500,000 menyumbang kira-kira 69 peratus daripada unit pangsapuri servis yang tidak terjual,” katanya. 

Aina Edayu ketika mengulas mengenai prospek menjangkakan pasaran hartanah akan dipengaruhi oleh persekitaran tahap ketidaktentuan yang tinggi seperti kadar pemulihan ekonomi, kestabilan politik serta COVID-19. 

 ‘Walaupun data menunjukkan beberapa perkembangan dalam aktiviti pasaran pada awal tahun, kami meramalkan pasaran hartanah akan kekal lemah bagi sepanjang 2020,” katanya. 

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share209ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In