fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

IMF : Pertumbuhan Global 2020 Dijangka -4.4%

in Berita
A A
IMF : Pertumbuhan Global 2020 Dijangka -4.4%

Sumber Gambar : IMF

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Pertumbuhan global diunjurkan sebanyak −4.4 peratus pada 2020, semakan kenaikan sebanyak 0.8 peratus berbanding unjuran semasa Jun lepas berikutan aktiviti yang semakin bertambah baik, terutamanya dalam ekonomi maju, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). 

“Semakan ini mencerminkan pertumbuhan suku kedua KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) yang lebih positif daripada jangkaan, kebanyakannya dalam ekonomi maju, yang mana aktiviti pulih lebih awal daripada jangkaan selepas sekatan mula dikendurkan pada Mei dan Jun termasuk petunjuk pemulihan yang lebih kukuh pada suku ketiga.” 

Pertumbuhan global diramalkan sebanyak 5.2 peratus pada 2021, lebih rendah berbanding kemas kini Jun 2020 Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO), menggambarkan kemerosotan yang lebih sederhana yang diunjurkan bagi 2020 dan konsisten dengan jangkaan penjarakan sosial yang berterusan, kata IMF dalam kemas kini terbaharu.

Susulan penguncupan pada 2020 dan pemulihan semasa 2021, tahap KDNK global pada tahun hadapan dijangka menjadi sederhana sebanyak 0.6 peratus. tinggi sedikit berbanding 2019, katanya dalam kemas kini yang bertajuk “Peningkatan Yang Sukar dan Panjang.” 

Unjuran pertumbuhan ini membayangkan jurang output negatif yang meluas dan peningkatan kadar pengangguran yang disaksikan dalam tahun ini serta 2021 merentasi ekonomi pasaran maju dan baru muncul. 

Selepas pemulihan pada 2021, pertumbuhan global diramalkan perlahan secara beransur-ansur iaitu kepada kira-kira 3.5 peratus dalam jangka sederhana, katanya.

“Ini membayangkan kemajuan yang sangat terhad dalam mengejar laluan aktiviti ekonomi bagi 2020-25 yang diunjurkan sebelum pandemik untuk pasaran maju dan baru muncul termasuk dalam ekonomi membangun.” 

Penjarakan sosial akan berterusan sehingga 2021 tetapi akan mula berkurangan dari masa ke masa apabila pengedaran vaksin meluas dan tahap kesihatan bertambah baik. Jangkitan setempat diandaikan akan menyusut ke paras terendah menjelang akhir 2022. 

Di luar pandemik, kerjasama pelbagai hala diperlukan untuk menangani ketegangan perdagangan dan teknologi antara negara termasuk merapatkan jurang, misalnya dalam perdagangan perkhidmatan serta sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan.

Negara-negara juga mesti bertindak secara kolektif untuk melaksanakan komitmen mitigasi perubahan persekitaran mereka, katanya. 

Komuniti global juga perlu mengambil langkah segera untuk mengukuhkan pertahanan terhadap krisis kesihatan, contohnya dengan menambah stok peralatan perlindungan dan bekalan perubatan penting, penyelidikan pembiayaan serta memastikan bantuan berterusan yang mencukupi kepada negara-negara yang mempunyai kapasiti penjagaan kesihatan yang terhad, termasuk melalui sokongan organisasi antarabangsa.

— BERNAMA

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah?

SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU

1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.

2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.

3. Kalau nak tahu, pasaran saham Amerika Syarikat adalah yang terbesar di dunia. Nilai keseluruhan pasaran saham Amerika Syarikat adalah sebanyak USD36 trilion – 43% daripada nilai keseluruhan pasaran saham yang ada di seluruh dunia!

Memperkenalkan: WEBINAR SAHAM WALL STREET
Tarikh: 24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.

Klik https://thekapital.onpay.my/order/form/wallstreet24okt untuk details lebih lanjut.

Share206ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In