• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi penyusutan semalaman pasaran Wall Street.

Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota ekuitinya hari ini menyatakan indeks penanda aras itu turut diasak tekanan berikutan ketidaktentuan politik negara ini.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.26 mata atau 0.21 peratus kepada 1,521.94 daripada 1,525.20 sewaktu dagangan ditutup pada Selasa.

Sewaktu dibuka pagi ini, indeks berkenaan turun 1.63 mata kepada 1,0523.57.

Sentimen pasaran tidak banyak berubah dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 198 berbanding 145 manakala 271 lain tidak berubah, 1,511 tidak didagangkan manakala 19 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.94 bilion unit bernilai RM2.03 bilion.

Menurut Rakuten Trade, Wall Street susut susulan aktiviti pengambilan untung oleh peniaga menjelang musim pelaporan korporat berserta kelewatan Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan pakej rangsangan.

“Di peringkat Malaysia, pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang bermula hari ini akan menyaksikan indeks petunjuk aras menguji paras 1,510 yang merupakan tahap sokongan segera,” katanya.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Maybank susut tiga sen kepada RM7.32, Public Bank turun 10 sen kepada RM15.86, Top Glove untung tiga sen kepada RM9.12 manakala Hartalega dan Tenaga masing-masing naik empat sen kepada RM17.62 dan RM10.22.

Bagi saham aktif, Metronic Global dan warannya naik satu sen kepada 11.5 sen dan 4.5 sen, Dataprep menokok satu sen kepada 22 sen, HLT Global menambah empat sen pada RM1.77 manakala AirAsia X tidak berubah pada empat sen.

Kaunter paling rugi adalah KLK yang merosot 30 sen RM22.16, Petronas Chemicals susut sembilan sen kepada RM6.05, MISC dan Aeon Credit masing-masing rendah lapan sen kepada RM6.77 dan RM9. 90.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 9.14 mata kepada 11.005.70, Indeks FBMT 100 berkurangan 16.25 mata kepada 10,816.74 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 5.73 mata kepada 13,189.54.

FBM 70 pula mengukuh 5.27 mata kepada 14,471.33 manakala FBM ACE naik 49.19 mata kepada 10,751.71.

Selain itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 45.89 mata kepada 12,515.79, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.35 mata kepada 143.41 manakala Indeks Perladangan naik 37.39 mata kepada 7.070.65.

— BERNAMA

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah?

SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU

1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.

2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.

3. Kalau nak tahu, pasaran saham Amerika Syarikat adalah yang terbesar di dunia. Nilai keseluruhan pasaran saham Amerika Syarikat adalah sebanyak USD36 trilion – 43% daripada nilai keseluruhan pasaran saham yang ada di seluruh dunia!

Memperkenalkan: WEBINAR SAHAM WALL STREET
Tarikh: 24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.

Klik https://thekapital.onpay.my/order/form/wallstreet24okt untuk details lebih lanjut.

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In