• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Kekal Zon Merah Sesi Tengah Hari, Belian Sektor Penjagaan Kesihatan Kekal Utuh

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam zon merah, selaras dengan prestasi di kebanyakan pasaran serantau berikutan kejatuhan semalaman di pasaran Wall Street.

Bagaimanapun, pasaran secara keseluruhannya menyaksikan minat belian, terutamanya untuk sektor penjagaan kesihatan tetap utuh, dirangsang oleh berita peningkatan ketara kes COVID-19 dan vaksin.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.92 mata atau 0.32 peratus kepada 1,520.28 daripada 1,525.20 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama dibuka 1.63 mata lebih rendah kepada 1,523.57 dan bergerak antara 1,516.10 dan 1,524.23 sepanjang urus niaga pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran agak positif dengan saham untung mengatasi saham rugi 499 berbalas 419 manakala 413 kaunter tidak berubah, 794 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.78 bilion unit bernilai RM3.10 bilion.

Di pasaran serantau, Indeks Straits Times Singapura turun 0.55 peratus kepada 2,553.55, Indeks Hang Seng Hong Kong lemah 0.27 peratus kepada 24,583.40 dan Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan menyusut 0.58 peratus kepada 2,389.21.

Daripada 30 konstituen FBM KLCI, 26 daripadanya mengalami tekanan jualan dengan Maybank mendahului kejatuhan, susut lapan sen kepada RM7.27, diikuti oleh Petronas Chemicals dan Maxis, masing-masing merosot tujuh sen kepada RM6.07 dan RM5.05.

Sebaliknya, Top Glove meningkat 23 sen kepada RM9.32 dan Hartalega menokok 22 sen kepada RM17.80.

Dalam kalangan saham paling cergas pula, ia diketuai oleh Metronic Global yang naik 10 sen kepada 11.5 sen sementara warannya menambah setengah sen kepada empat sen, ES Ceramics meningkat 21.5 sen kepada 74 sen, HLT Global menambah 17 sen kepada RM1.90 dan AT Aystematization kekal pada tujuh sen.

Saham yang mengalami kerugian termasuklah Nestle yang jatuh 80 sen kepada RM139.20, Heineken turun 34 sen kepada RM19.40, Petronas Dagangan menyusut 30 sen kepada RM19.70, Carlsberg jatuh 16 sen kepada RM19.34 dan Allianz lebih rendah 12 sen kepada RM13. 70.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 8.50 mata kepada 11,006.34, Indeks FBMT 100 lemah 12.69 mata kepada 10,820.30, sementara Indeks FBM Emas Shariah naik 33.61 mata kepada 13,217.42.

Indeks FBM 70 pula mengukuh 69.74 mata kepada 14,535.80 dan FBM ACE melonjak 247.96 mata kepada 10,950.48.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 88.96 mata kepada 12,472.72, Indeks Perladangan lebih rendah sebanyak 18.40 mata kepada 7,014.86 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.34 mata kepada 144.10.

Indeks Penjagaan Kesihatan turut  meningkat 83.71 mata kepada 4,158.41.

– BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In