fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Ditutup Rendah Pada Hari Pertama Pelaksanaan PKPB, Jumlah Dagangan Cecah 7 Bilion

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

KUALA LUMPUR, 14 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB) di Lembah Klang dengan para peniaga cenderung untuk lebih berhati-hati di celah-celah penguatkuasaan pergerakan terhad mulai hari ini sehingga 26 Okt.

Bagaimanapun, PKPB telah mendorong beberapa aktiviti di bursa tempatan dengan jumlah dagangan kembali ke paras tujuh bilion unit, paras yang kali terakhir dilihat pada 21 Sept

Pada pukul 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.95 mata atau 0.13 peratus kepada 1,523.25 daripada 1,525.20 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama dibuka 1.63 mata lebih tinggi kepada 1,523.57 dan bergerak antara 1,516.10 dan 1,524.23 sepanjang sesi urus niaga.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 572 berbalas 495 manakala 414 kaunter tidak berubah, 644 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengembang kepada 7.03 bilion unit bernilai RM6.25 bilion daripada 5.96 bilion unit bernilai RM3.88 bilion pada Selasa.

Mengulas mengenai prestasi FBM KLCI, wakil peniaga Maybank Investment Bank Bhd Jeffry Azizi Jaafar berkata kegiatan membeli di kaunter berwajaran tinggi agak lesu hari ini dengan beberapa pelabur melahirkan kebimbangan akan kemungkinan PKPB dilanjutkan. Ini berdasarkan kepada PKPB sebelum ini yang telah dilanjutkan sehingga 9 Jun dan digantikan dengan PKP Pemulihan bermula 10 Jun hingga 31 Ogos.

“Memandangkan Lembah Klang ialah pusat aktiviti ekonomi di dalam negara, syarikat yang beroperasi semasa PKPB perlu mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Oleh itu, beberapa pelabur agak bimbang ini mungkin boleh menjejaskan pendapatan syarikat,” kata beliau kepada Bernama.

Sekiranya dilihat dari sudut positif, Jeffry Azizi berkata PKPB telah menggalakkan aktiviti urus niaga kerana pekerja yang mula bekerja dari rumah kini mempunyai lebih banyak masa untuk menyertai pasaran.

Daripada 30 kaunter FBM KLCI, lebih daripada 20 kaunter berada dalam zon merah.

Kerugian dalam kaunter wajaran tinggi diketuai oleh Maybank yang turun 11 sen kepada RM7.24. Maxis dan Sime Darby Plantation masing-masing merosot sembilan sen kepada RM5.03 dan RM4.91, MISC jatuh 15 sen kepada RM6.70 dan Petronas Chemicals susut lapan sen kepada RM6.06.

Kaunter paing cergas yang diniagakan termasuk Metronic Global dan warannya yang masing-masing turun setengah sen kepada 10 sen dan tiga sen, Kanger International menambah satu sen kepada 21 sen, ES Ceramics melonjak 29.5 sen kepada 82 sen, dan Advance Synergy turun 2.5 sen kepada 19.5 sen.

Saham paling rugi didorong oleh kaunter produk dan perkhidmatan pengguna, iaitu Nestle yang turun 60 sen kepada RM139.40, Heineken jatuh 48 sen kepada RM19.26 dan F&N merosot 38 sen kepada RM33.00.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 10.82 mata kepada 11,025.66, Indeks FBMT 100 meningkat 6.27 mata kepada 10,839.26 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 69.73 mata kepada 13,253.54.

FBM 70 mengukuhkan 86.72 mata kepada 14,552.78 dan FBM ACE melonjak 268.77 mata kepada 10,971.29.

Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 110.72 mata kepada 12,450.95 dan Indeks Perladangan turun 63.78 mata kepada 6,969.48.

Indeks Penjagaan Kesihatan melonjak 113.22 mata kepada 4.187.92 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.50 mata kepada 144.26.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.86 bilion saham bernilai RM4.60 bilion daripada 3.76 bilion saham bernilai RM3.03 ​​bilion pada hari Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 906.11 juta unit bernilai RM243.59 juta berbanding 469.04 juta unit bernilai RM118.50 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.26 bilion saham bernilai RM1.40 bilion berbanding 1.73 bilion saham bernilai RM734.66 juta semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 1.08 bilion saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.36 bilion), pembinaan (129.79 juta), teknologi (357.62 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (43.87 juta), hartanah (257.87 juta), perladangan (68.26 juta), REIT (12.80 juta), dana tertutup (11.000), tenaga (128.13 juta), penjagaan kesihatan (196.77 juta), telekomunikasi dan media (43.98 juta), pengangkutan dan logistik (42.37 juta)  dan utiliti (122.49 juta).

– BERNAMA

Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

14 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 days ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In