fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

M&G Terima Persetujuan Pemegang Saham Untuk Penstrukturan Semula Hutang

in Catalyst
A A
M&G Terima Persetujuan Pemegang Saham Untuk Penstrukturan Semula Hutang

Sumber Gambar : M&G

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Marine & General Bhd (M&G) telah mendapat persetujuan pemegang saham berkaitan dengan anak syarikatnya yang dimiliki sebanyak 70 peratus iaitu penstrukturan semula hutang Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd (JMM) dan melengkapkan proses penstrukturan semula hutang yang diperlukan.

Melalui penstrukturan semula itu , pinjaman JMM kini dibuat dengan syarat yang lebih mapan dalam menghadapi masa yang mencabar dalam industri minyak dan gas.

“Penyusunan semula itu walaupun  dilakukan sebelum permintaan berkurangan baru-baru ini, ia membolehkan JMM berada pada kedudukan yang lebih baik di segmen huluan logistik marin dan meningkatkan daya majunya sebagai langkah ke depan,” kata M&G dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

M&G menamatkan Mesyuarat  Agung Tahunan ke-23 hari ini dengan enam resolusi biasa yang dikemukakan untuk pertimbangan telah diluluskan oleh para pemegang saham.

Dalam kenyataan yang sama kepada Bursa Malaysia, M&G melaporkan bahawa kumpulan tersebut mencatatkan perolehan yang disatukan sebanyak RM213.6 juta untuk tahun kewangan berakhir 30 April, 2020.

“Secara tahunan, perolehan yang dicatatkan untuk tahun kewangan berakhir pada tahun 2020 adalah peningkatan 22 peratus daripada tempoh sebelumnya, kebanyakannya dipacu oleh aktiviti sewaan yang lebih tinggi di bahagian huluan.”

Kumpulan ini mencatatkan kerugian sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM65.5 juta pada tahun kewangan semasa berbanding RM108.1 juta pada tempoh 16 bulan sebelumnya.

Selain itu, penggunaan kapal sekitar 70 peratus, sedikit peningkatan daripada 62 peratus yang dicatat pada tahun sebelumnya.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share260ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

54 mins ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

24 hours ago
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang
Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

1 day ago
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In