KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Dengan pandemik COVID-19 terus menghantui pasaran global dan membantutkan pemulihan ekonomi, harapan masih lagi tinggi untuk menemui vaksin yang akan dapat menamatkan ketidaktentuan ini, namun membangunkan vaksin bagi virus yang bermutasi dengan pantas bukan suatu yang mudah.
Banyak penyelidikan, ujian, ujian semula, ujian percubaan dan ujian percubaan semula perlu dilakukan sebelum boleh diluluskan untuk kegunaan ke atas manusia. Langkah untuk mempercepatkan proses tersebut bukan suatu pilihan.
Siapakah yang akan berjaya menghasilkan vaksin yang begitu dinanti-nantikan untuk mengakhiri kegetiran yang dihadapi penduduk seluruh dunia sekarang?
Menurut pengesan vaksin COVID-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ketika ini terdapat 51 syarikat dan pusat penyelidikan di seluruh dunia yang sedang membangunkan lebih daripada 150 vaksin.
Antara entiti utama yang terlibat dalam pembangunan vaksin itu ialah University of Oxford/AstraZeneca, Sinovac dari China, SPUTNIK V dari Rusia, Johnson & Johnson dari Amerika Syarikat dan Sanofi dari Perancis.
Sesetengah negara telah memeterai perjanjian dengan syarikat farmaseutikal utama untuk mendapatkan vaksin seawal mungkin, satu langkah yang dilihat untuk membuka semula sepenuhnya ekonomi mereka.
Setakat ini, Indonesia telah menjadi medan ujian bagi vaksin COVID-19 China, manakala Kesatuan Eropah memeterai perjanjian dengan Johnson & Johnson untuk mendapatkan bekalan vaksin bagi 400 juta dos dengan jumlah yang tidak didedahkan.
Sejurus selepas itu, Beijing mengumumkan China akan menyertai COVAX (Covid-19 Vaccine Global Access) inisiatif bernilai US$18 bilion (US$1 = RM4.14) yang bertujuan memberikan negara-negara pendapatan rendah akses yang sama kepada vaksin, sama seperti negara-negara kaya.
Bagaimanapun, Bloomberg melaporkan butiran terperinci komitmen China itu, termasuk jumlah pembiayaan, masih tidak didedahkan.
“Penyertaan China akan memberi manfaat yang besar kepada COVAX kerana kemungkinan untuk menyediakan dos kepada malahan sebahagian kecil daripada 1.4 bilion penduduk China akan meningkatkan sumber, mengukuhkan kekuatan perundingan pakatan,” kata konglomerat media itu.
Kemajuan Setakat Ini
Sementara itu, Malaysia, menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan negara akan menyertai COVAX, satu perkongsian global yang bertujuan untuk menyokong pembangunan vaksin bagi virus tersebut dan berkongsi akses kepadanya.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah penjagaan kesihatan dan kerajaan di seluruh dunia bergelut untuk mendapatkan vaksin yang belum lagi wujud.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, dalam temu bual bersama The Star berkata, memetik contoh di bawah COVAX sama ada pembelian komited atau pembelian pilihan, bayaran pendahuluan bagi rancangan tersebut untuk mengimunisasikan hanya 10 peratus daripada penduduk negara boleh mencapai sehingga RM90 juta.
“Bagi pembelian komited, harga siling dijangka US$20 bagi setiap vaksin atau dos,” katanya.
Bagaimanapun, Kabinet belum lagi memutuskan sama ada vaksin akan diberikan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia.
Syarikat Farmaseutikal Tempatan Perhebat Usaha Bekalan Vaksin
Syarikat farmaseutikal terkemuka di Malaysia seperti Pharmaniaga Bhd serta Duopharma Biotech Bhd telah mempertingkat kedudukannya bagi memastikan pelaksanaan aspek logistik vaksin yang sememangnya dinantikan itu.
Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope memberitahu Bernama, usaha pengurusan COVID-19 itu juga merupakan kepentingan negara dan setakat ini kerajaan menumpukan semua aspek berkaitan pandemik tersebut, termasuk vaksin.
“Kita telah menyatakan komitmen kepada kerajaan mengenai bahawa sebaik vaksin itu sedia ada, ini akan disusuli dengan tempoh persiapan yang diperlukan bagi proses pengisian berkaitan yang dijangka selesai kira-kira tiga bulan, tertakluk kepada pengawalseliaan,” katanya.
Duopharma berserta Pharmaniaga, dijangka mengambil bahagian dalam proses pengisian dan penyelesaian vaksin COVID-19 berkenaan sejurus ia dapat dihasilkan.
Selain dua syarikat gergasi farmaseutikal itu, Apex Healthcare Bhd juga meningkatkan kedudukannya dalam pengedaran ke hospital serta klinik dan proses pengisian sehingga penyelesaian itu yang menjadi sebahagian daripada keseluruhan rantaian terbabit.
Syarikat farmaseutikal itu setakat ini berpengalaman mengedarkan kira-kira 49 jenis vaksin di Malaysia dan 25 jenis di Singapura.
Malah, seiring dengan peningkatan harapan menyaksikan vaksin COVID-19 menjadi kenyataan, saham-saham berkaitan syarikat farmaseutikal turut melonjak dan menjadi tumpuan pelabur runcit serta institusi sejak pertengahan Julai lepas apabila University of Oxford/AstraZeneca mengumumkan keputusan ujian klinikal mereka yang berpotensi.
Perjalanan Masih Jauh
Di sebalik harapan untuk melihat penyelesaian terhadap pandemik itu, realitinya pembangunan vaksin terbabit sudah di Fasa Tiga.
Namun, kalangan pakar sebaliknya kekal berpendirian berhati-hati terhadap keputusan ujian klinikal dan seterusnya usaha vaksinasi secara besar-besaran.
Memandangkan kajian menunjukkan pembangunan vaksin itu berkemungkinan besar dapat menangani strain atau jenis awal virus tersebut, usaha penyelidikan dan pembangunan perlu sentiasa diperbaiki dan dipantau, terutamanya dari segi kesan sampingannya.
Walaupun semua pihak terus berharap agar penawar COVID-19 itu dapat ditemui, namun perlu diingatkan bahawa masih terdapat pandemik dunia yang tiada vaksin dan sebaliknya ditangani dari aspek imuniti kelompok atau masyarakat itu sendiri.
Sebagaimana ditegaskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah : “Marilah kita landaikan semula keluk (jangkitan kes) ini dengan menjaga satu sama lain menerusi pematuhan terhadap prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.”
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards