• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kekurangan Belian Di Kaunter Berwajaran Tinggi Saksi KLCI Ditutup Rendah Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 13 Okt  (Bernama) — Momentum belian yang kurang menggalakkan di kaunter berkaitan indeks menyaksikan Bursa Malaysia mengakhiri sesi awal urus niaga lebih rendah.

Seorang peniaga berkata para pelabur memilih untuk tidak memasuki pasaran berikutan perkembangan politik terkini dalam negara.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 5.35 mata atau 0.35 peratus kepada 1,513.08 daripada 1,518.43 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 4.25 mata lebih rendah pada 1,514.18 dan berlegar antara 1,512.90 dan 1,518.44 sepanjang sesi urus niaga.

Secara keseluruhan, pergerakan menjuruskan kepada nada negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 482 berbalas 335 sementara 433 kaunter tidak berubah, 875 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 3.43 bilion unit bernilai RM1.88 bilion.

Kesemua 30 konstituen FBM KLCI terus mengalami tekanan jualan pada sesi tengah hari.

Maybank dan DIGI masing-masing turun sembilan sen kepada RM7.26 dan RM4.04, MISC menyusut 14 sen kepada RM6.85, Axiata merosot lima sen kepada RM2.91 dan IOI Corp empat sen lebih rendah pada RM4.36.

Sebaliknya, Top Glove pula meningkat sembilan sen kepada RM9.06, IHH lima menambah lima sen kepada RM5.04 dan Hartalega menokok empat sen kepada RM17.54, dipacu oleh penguatkuasaan Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dalam kalangan saham paling cergas pula, Advance Synergy mengukuh 4.5 sen kepada 25 sen, AirAsia X dan Malayan United Industries, masing-masing naik satu sen kepada lima sen dan 12.5 sen, sementara V Solar turun setengah sen kepada 3.5 sen dan Sistematisasi AT kekal pada tujuh sen .

Saham paling rugi termasuk Public Bank dan Malaysia Airports, masing-masing turun 10 sen kepada RM15.72 dan RM4.24, RHB Bank menyusut sembilan sen kepada RM4.40 sementara Petronas Dagangan dan Harrisons, masing-masing berkurangan lapan sen kepada RM19.42 dan RM3.70.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 25.35 mata kepada 10,943.16, Indeks FBMT 100 turun 24.25 mata kepada 10,762.64 sementara Indeks FBM Emas Shariah menokok 1.73 mata kepada 13,108.03.

Indeks FBM 70 pula mengukuh 21.19 mata kepada 14,433.49 tetapi FBM ACE merosot 28.35 mata kepada 10,551.61.

Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 91.10 mata kepada 12,453.88, Indeks Perladangan lemah  42.88 mata kepada 6,959.30 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.40 mata kepada 141.92.

– BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In