KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Segmen automotif UMW Holdings Berhad mencatatkan penjualan yang lebih tinggi pada suku ketiga tahun 2020 berikutan pencapaian jualan yang lebih memberangsangkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan 38%-syarikat bersekutu Perodua. Bahagian pasaran automotif Kumpulan mencapai rekod tertinggi sebanyak 53.7% pada bulan Ogos, jauh lebih tinggi daripada 51.4% yang dicatatkan pada tahun 2019. Pengecualian cukai penjualan yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 Jun 2020, berkuat kuasa dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020 telah mendorong untuk meningkatkan penjualan pada suku ketiga 2020.
UMWT capai jualan sebanyak 5,605 unit pada bulan September 2020, dengan Toyota Vios, Yaris dan Hilux menjadi penyumbang utama untuk bulan tersebut. Pada suku ketiga tahun 2020, UMWT merekodkan peningkatan jualan sebanyak 13.5%, atau 2,242 unit yang menjadikan jumlah keseluruhan penjualan sebanyak 18,870 unit berbanding dengan 16,628 unit penjualan berdaftar pada suku yang sama tahun 2019. Untuk sembilan bulan yang pertama tahun 2020, UMWT mencatatkan penjualan sebanyak 37,339 unit, 70.5% daripada jumlah sasaran jualan yang baru, iaitu 53,000 unit untuk tahun ini.
Bagi Perodua, bulan September merupakan penjualan yang tertinggi dalam sejarah sepanjang 26 tahun dengan penjualan berdaftar sebanyak 25,035 unit, peningkatan 10.8% daripada 22,604 unit yang dijual pada bulan Ogos 2020. Perodua menjual 70,842 unit pada suku ketiga pada tahun 2020 berbanding dengan 56,972 unit yang didaftarkan pada suku yang sama tahun 2019, peningkatan sebanyak 13,870 unit atau 24.3%. Untuk sembilan bulan pertama tahun 2020, Perodua mencatatkan penjualan sebanyak 145,012 unit, 69.1% daripada sasaran jualan untuk menjual 210,000 unit untuk tahun ini. Untuk memenuhi permintaan yang tinggi, Perodua juga mempertingkatan pengeluaran di kedua-dua kilang pemasangannya di Sungai Choh, Rawang.
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Azmin Che Yusoff berkata, “Penjualan yang dicapai oleh UMWT dan Perodua pada suku ketiga tahun ini adalah memberangsangkan walaupun dengan persekitaran pasaran yang mencabar, disebabkan oleh wabak Covid-19. Kami juga berterima kasih kepada kerajaan dalam memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi dan menerapkan pengecualian cukai penjualan untuk meningkatkan industri automotif di Malaysia. Kami yakin bahawa momentum penjualan yang menjaminkan akan berterusan hingga suku akhir tahun ini.”
Mengenai UMW
Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada tiga segmen perniagaan teras – Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan. Kami kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 7,500 orang.
Dengan berpegang kepada prinsip Beyond Boundaries®, UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri – dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pemegang sahamnya.
–BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards