• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Reputasi Industri Minyak Sawit Jadi Kebimbangan Kepada Malaysia – MPOA

in Berita
A A
Reputasi Industri Minyak Sawit Jadi Kebimbangan Kepada Malaysia – MPOA

Sumber Gambar : MPI Gov

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Walaupun jumlah eksport minyak sawit Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) tidak besar, impak daripada langkah AS untuk menyekat minyak sawit dan produk minyak sawit daripada FGV Holdings Bhd terhadap reputasi industri ini menjadi kebimbangan kepada negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab berkata sekatan itu telah menjejaskan beberapa syarikat tempatan, terutamanya FGV.

“Apa yang lebih kami bimbangkan ialah kerosakan kepada reputasi negara dan syarikat.

“Kami melihat Amerika dan Amerika Utara sebagai pasaran yang mempunyai potensi besar untuk pengembangan, itu sebabnya kami bimbang dengan apa yang berlaku hari ini,” katanya dalam program Money Matters terbitan TV3 semalam.

Bulan lepas, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) mengeluarkan Perintah Menahan Pelepasan terhadap minyak sawit dan produk minyak sawit yang dikeluarkan oleh FGV serta anak syarikatnya dan usaha samanya, berkuat kuasa 30 September, 2020, di semua pelabuhan masuk AS.

Pejabat Perdagangan CBP mengarahkan perintah itu dikeluarkan berdasarkan maklumat bahawa ia menerima apa yang didakwa mewujudkan kebimbangan mengenai dakwaan bahawa syarikat itu telah menggunakan buruh paksa dalam proses pengeluarannya.

Sehubungan itu, FGV mengeluarkan kenyataan untuk menyatakan kekecewaannya dengan keputusan tersebut, menyatakan syarikat amat komited dalam menghormati hak asasi manusia dan menepati piawaian pekerja, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia.

Mohd Nageeb berkata sumber dakwaan tersebut adalah daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai persepsi negatif terhadap industri ini.

“Mereka tidak memberikan bukti. Bagaimanapun, kami berbincang dengan mereka dan kami cuba berbincang dengan CBP dan saya fikir pihak yang terjejas juga sedang berbincang dengan mereka.

“Kami turut berbincang dengan kedutaan AS untuk mengetahui bentuk perbincangan yang terbaik dan bagaimana kami dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya.

Dalam program bual bicara selama setengah jam itu, beliau berkata MPOA turut membincangkan perkara itu dengan Kementerian Luar serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Katanya beberapa bulan lepas, industri getah/pengeluar sarung tangan, Top Glove turut terjejas oleh sekatan yang sama, tetapi situasi itu telah selesai.

MPOA mempunyai sebanyak 122 ahli, termasuk FGV, mewakili 40 peratus atau 1.85 juta hektar industri minyak sawit Malaysia.

Industri itu menghasilkan kira-kira 20 juta tan minyak sawit setahun — menyumbang 28 peratus daripada bekalan minyak sawit dunia — dan secara konsisten menyumbang kira-kira lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Industri itu juga merupakan majikan kedua terbesar selepas kerajaan, yang mempunyai pekerja kira-kira 750,000 orang.

Pada 2019, pendapatannya berjumlah RM65 bilion.

AS merupakan destinasi eksport minyak sawit kelapan terbesar Malaysia pada tahun lepas dengan eksport sebanyak 542,161 tan (Jan-Dis 2019).

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share216ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In