fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MYNEWS Perkenal Jenama CU Dari Korea Selatan Ke Malaysia

in Catalyst
A A
MYNEWS Perkenal Jenama CU Dari Korea Selatan Ke Malaysia

Sumber Gambar : The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

PETALING JAYA, 12 Okt (Bernama) —  MYNEWS Holdings Bhd (MYNEWS) merancang untuk membuka 500 cawangan CU, jenama rantaian kedai serbaneka yang popular Korea Selatan di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan premis pertama dijangka dibuka pada awal tahun depan. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MYNEWS, Dang Tai Luk berkata syarikat itu memperuntukkan sehingga RM40 juta untuk dua tahun pertama perjanjian pelesenannya dengan BGF Retail Co Ltd., pengendali kedai serbaneka terbesar Korea Selatan dan pemilik jenama CU. 

”Tahun depan, kami merancang untuk membuka sekitar 30 hingga 50 cawangan CU tetapi kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga berikutan ketidaktentuan yang disebabkan oleh pandemik pada masa ini,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian itu di sini hari ini.

Memandangkan gelombang budaya Korea (K-wave) terus mendapat populariti di negara ini, Dang berkata kemasukan CU ke dalam landskap runcit akan menjadikan budaya K-wave lebih menarik dan diterima baik.

”Membangun dan mengendalikan salah satu jenama kedai serbaneka terkemuka dari Korea Selatan, bersama-sama dengan jenama MYNEWS tempatan kami adalah sejajar dengan visi kumpulan untuk menawarkan pilihan menarik kepada rakyat Malaysia dan memperkayakan pengalaman membeli-belah mereka,” katanya. 

Dang berkata CU akan membuka peluang pertumbuhan baharu dan meningkatkan keupayaan syarikat bagi memenuhi permintaan pengguna.

Ia juga akan meningkatkan penggunaan pusat pemprosesan makanan berskala besar MYNEWS disebabkan CU juga, merupakan destinasi popular bagi penawaran makanan segar, katanya.

”Semangat dan minat kami tetap sama, iaitu kemudahan runcit. Tambahan satu lagi jenama terkemuka kepada kumpulan kami menggambarkan semangat keusahawanan, kemampuan untuk meningkatkan diri serta keupayaan berinovasi kami bagi menyelaraskan dan menyesuaikan diri dengan masa yang berubah-ubah,” tambahnya.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share362ShareSend

Related Posts

Pekat Cadang Ambil Alih 60 Peratus Kepentingan Dalam Apex Power Pada Harga RM96 Juta
Catalyst

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

16 hours ago
Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

19 hours ago
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

24 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In