fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

KLCI Susut 0.77% Sesi Tengah Hari, Permintaan Kukuh Kaunter Farmaseutikal, Sarung Tangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 12 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih rendah dengan sentimen pasaran terjejas oleh peningkatan ketara kes COVID-19 di dalam negara.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 11.79 mata atau  0.77 peratus kepada 1,518.56 daripada 1,530.35 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka 4.43 mata lebih rendah pada 1,525.92 dan berlegar antara 1,512.75 dan 1,526.02 sepanjang urus niaga pagi.

Pergerakan kaunter secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 474 berbalas 469, sementara 392 kaunter tidak berubah, 802 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 3.62 bilion unit bernilai RM1.93 bilion. 

Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter farmaseutikal dan sarung tangan getah muncul sebagai kaunter paling untung, dipacu oleh permintaan ekoran peningkatan ketara kes COVID-19.

Pharmaniaga menambah 43 sen kepada RM5.12, Duopharma meningkat 19 sen kepada RM3.64, Rubberex mengukuh 40 sen kepada RM6.49, Supermax naik 38 sen kepada RM9.92 dan Astino 22 sen lebih baik kepada 90.5 sen.

Top Glove mengukuh 12 sen to RM8.93 dan Hartalega menokok enam sen kepada RM17.46.

Kegiatan penjualan dalam saham berwajaran tinggi diketuai oleh Maybank yang susut 13 sen kepada RM7.27, diikuti Tenaga jatuh 16 sen kepada RM10.24, Public Bank turun 22 sen kepada RM15.92, Sime Darby Plantations lebih rendah sebanyak 12 sen pada RM5.04 dan CIMB susut enam sen kepada RM3.10.

Permintaan yang kuat di kaunter farmasi dan sarung tangan telah melonjakkan Indeks Penjagaan Kesihatan sebanyak 102.82 mata kepada 4.056.25, sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 139.60 mata kepada 12.524.78, Indeks Perladangan merosot 30.17 mata kepada 7.045.05 dan Indeks dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.24 mata kepada 142.21.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan jangkitan baharu COVID-19 di dalam negara melonjak kepada 561 kes semalaman berbanding 374 kes pada Sabtu, dengan dua kematian dilaporkan, sekali gus menyaksikan jumlah jangkitan kepada 15,657 dengan  4,587 kes aktif sementara lima kluster baharu telah dikenal pasti.

Sementara itu, di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 49.03 mata kepada 10,971.89, Indeks FBMT 100 susut 52.04 mata kepada 10,788.77 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 17.84 mata kepada 13,112.89.

Indeks FBM 70 meningkat 53.97 mata kepada 14,418.61 dan FBM ACE naik 87.76 mata kepada 10,644.91.

– BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In