fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 12 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini dengan urus niaga berada dalam keadaan stabil selepas menyaksikan indeks bergerak rancak sekitar 40 mata sejak beberapa minggu lepas.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 12.10 mata atau 0.79 peratus kepada 1,518.25 daripada 1,530.35 ketika ditutup Jumaat lepas.

Indeks utama dibuka 4.43 mata lebih rendah kepada 1,525.92.

Bagaimanapun, pergerakan keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 215 berbalas 186 manakala 298 kaunter tidak berubah, 1,438 tidak diniagakan dan 32 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 347.82 juta unit bernilai RM113.54 juta.

Kejatuhan dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi didahului oleh IHH yang merosot 19 sen kepada RM4.87, diikuti oleh Tenaga, jatuh 18 sen kepada RM10.22, Petronas Chemicals menyusut 11 sen kepada RM5.91, Petronas Dagangan lebih rendah 76 sen kepada RM18.60 dan Sime Darby Plantation berkurangan 10 sen kepada RM5.06.

Mengulas mengenai prestasi bursa tempatan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pergerakan agresif sebelum ini mungkin akan menjadi perlahan sedikit berikutan situasi politik yang tidak stabil dalam beberapa hari mendatang ini.

“Bagaimana dari sudut positif, pergerakan pasaran yang baik beserta jumlah dagangan yang kukuh sejak beberapa hari lepas, menyarankan kehendak pelabur terus kekal dalam lingkungan pasaran ekuiti yang ingin mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi,”katanya.

Secara teknikalnya, firma broker itu berkata selepas dua hari bergerak rancak sejak minggu sebelumnya, indeks meningkat menjurus kepada paras halangan 1,540 dan diikuti dengan 1,555.

“Paras sokongan pula kekal pada 1,490, diikuti oleh 1,480,” katanya.

Dalam kalangan saham paling cergas,  Advance Synergy turun dua sen kepada 24.5 sen, Malayan United Industries merosot satu sen kepada 13 sen, Parkson dan XOX masing-masing naik setengah sen kepada 16.5 sen dan 12.5 sen, sementara Sapura Energy tidak berubah pada 10.5 sen.

Saham paling untung diketuai oleh kaunter perladangan dan farmasi, termasuk Genting Plantations yang naik 16 sen kepada RM9.97, United Plantations menambah 12 sen kepada RM14.80, Pharmaniaga mengukuh 15 sen kepada RM4.84 dan Duopharma meningkat tujuh sen kepada RM3.52 manakala Permata Digital menokok 9.5 sen pada 49 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 36.31 mata kepada 10,984.61, Indeks FBMT 100 susut 63.60 mata kepada 10,777.20 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 27.26 mata kepada 13,103.47.

FBM 70 meningkat 1.99 mata kepada 14,366.63 dan FBM ACE naik 33.30 mata kepada 10,590.45.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 70.47 mata kepada 12,593.91, Indeks Perladangan merosot 32.74 mata kepada 7,042.48 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.67 mata kepada 141.30.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In