IPO yang sedang hangat diperkatakan ini bakal diterbitkan di papan utama Bursa Malaysia tidak lama lagi. Syarikat ini tidak lain dan tidak bukan adalah syarikat Mr D.I.Y. Group (M) Berhad (MDGM) yang merupakan syarikat menjual kelengkapan dan perkakasan rumah seperti alat pertukangan, barangan elektrik, peralatan menulis dan banyak lagi.
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang MDGM yang perlu kita ambil tahu.
1. Maklumat Berkaitan IPO

IPO MDGM yang diterbitkan kepada orang awam adalah sebanyak 941,490,000 unit pada harga RM1.60 seunit. IPO terbitan MDGM ini terbahagi kepada dua iaitu terbitan untuk pelabur institusi dan juga pelabur runcit.
Dengan modal saham jualan kepada pelabur biasa sebanyak 188.4 juta unit, modal pasaran syarikat akan meningkat sebanyak RM301.4 juta.

Pemohonan IPO MDGM ini mula dibuka kepada pelabur institusi dan awam pada 6 Oktober 2020 dan akan ditutup pada 14 Oktober 2020. Undian untuk pemilikan IPO ini akan berlaku pada 16 Oktober 2020. MDGM ini akan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 26 Oktober 2020.

Saham MDGM yang ditawarkan kepada pelabur institusi adalah lebih kurang 780 juta unit yang merupakan sebanyak 12.4% daripada keseluruhan jumlah saham. Sebanyak 7.5% daripada jumlah ini diperuntukkan khas untuk Bumiputera melalui MITI dan selebihnya sebanyak 4.9% kepada yang lain.

Jumlah keseluruhan saham yang ditawarkan kepada pelabur runcit pula adalah sekitar 161.5 juta unit yang merupakan 2.6% daripada keseluruhan saham. Sebanyak 0.6% dikhususkan kepada pelabur yang berkelayakan dan sekitar 2.0% pula diberikan ketika sesi pengundian berlangsung.
2. Status Patuh Syariah

IPO dan saham MDGM ini telah mendapat status patuh syariah daripada Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Berita tentang IPO MDGM tidak patuh syariah yang tersebar selama ini adalah tidak benar ya.
3. Sejarah Syarikat

Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan kini MDGM mempunyai lebih daripada 640 buah kedai di Malaysia dan Brunei. Jumlah keluasan keseluruhan kedainya adalah sebanyak 10,000 kaki persegi dan mempunyai seramai 80 juta pelanggan setiap hari.
4. Lokasi Kedai Mr D.I.Y. Di Serata Malaysia

Dengan lebih daripada 640 kedai di seluruh Malaysia, memang selalu sangat kita nampak kedai mereka di seluruh pelusuk tanah air.
5. Produk Syarikat

MDGM menjual pelbagai produk perkakasan dan kelengkapan rumah dan mereka menawarkan produk mereka pada harga yang sangat rendah di pasaran.
6. Struktur Syarikat


Kumpulan perniagaan ini telah meluaskan perniagaan mereka kepada sektor selain daripada perkakasan rumah seperti permainan kanak-kanak dan juga makanan ringan menerusi anak syarikatnya Mr. Toy dan Mr Dollar.
MDGM juga meluaskan perniagaan mereka dengan mewujudkan platform e-dagang untuk menjual barangan mereka. Kalau nak tahu, mereka juga terlibat dalam sektor hartanah dan IT.
7. Ahli Lembaga Pengarah Mr D.I.Y. Group (M) Berhad

Syarikat ini diketuai oleh Dato’ Azlam Shah Bin Alias sebagai pengerusi syarikat dan dibantu oleh Tan Yu Yeh sebagai timbalan pengerusi dan Ong Chu Jin Adrian sebagai CEO syarikat.
8. Maklumat Kewangan Syarikat

Daripada segi pendapatan syarikat, MDGM menunjukan peningkatan daripada segi hasil jualannya dari tahun 2017 ke tahun 2019 sebelum menunjukan kemerosotan pada tahun 2020. Jumlah penurunan hasil jualan ini dipercayai disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan pada pertengahan bulan Mac 2020.
Nisbah pendapatan syarikat kelihatan konsisten sepanjang empat tahun tersebut namun nisbah pendapatan bersihnya menunjukkan kemerosotan saban tahun. Jumlah hutang syarikat juga kelihatan meningkat dengan mendadak pada tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya.
9. Kegunaan Dana Daripada Terbitan IPO

Syarikat ini merancang untuk menggunakan sebahagian besar daripada IPO mereka untuk membayar hutang mereka dan bakinya pula untuk membayar kos-kos yang terlibat dalam penerbitan IPO. Ini mungkin akan menyebabkan pelabur runcit berbelah bahagi untuk membeli IPO syarikat.
Namun, kita bukan hanya perlu lihat daripada sudut apa yang bakal digunakan syarikat untuk dana yang diperolehi, keranamasih banyak lagi sebab dan faktor untuk dikaji bersama.
10. Pandangan Masa Hadapan Penganalisa Pasaran

Penganalisa pasaran, Frost & Sullivan memberikan pandangan yang positif terhadap masa depan MDGM di atas faktor perkembangan urbanisasi yang semakin pesat di Malaysia. Ditambah dengan jangkaan peningkatan pendapatan masyarakat menjelang tahun 2024 nanti, syarikat ini akan menerima kesan yang sangat baik.
Syarikat ini juga menawarkan produk yang merupakan keperluan harian, ditambah dengan harga produk jualan yang berdaya saing dan perkembangan teknologi yang diadaptasi oleh MDGM, masa depan syarikat kelihatan cerah.
11. Pesaing Kepada Mr D.I.Y. Group (M) Berhad

Daripada segi pesaing pula, MDGM ini kelihatan mendominasi pasaran dengan bilangan tinggi kedainya di sekitar Malaysia. Pesaing yang lain boleh dikatakan jauh ketinggalan daripada segi jumlah kedai yang dimiliki. Dan pesaingnya yang lain tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Jika dilihat daripada segi pesaing yang tersenarai di pasaran saham Asean, MDGM juga kelihatan lebih menonjol berbanding yang lain terutamanya daripada segi jumlah pendapatan syarikat.
12. Market Share Mr D.I.Y Group(M) Berhad

Hasil kajian market share daripada Frost & Sullivan, MDGM menunjukkan peningkatan nilai market share di Malaysia sebanyak 29.1%. Ini telah menjadikan MDGM sebagai leader dalam sektor penyediaan perkakasan rumah di Malaysia.
Rumusan
Setelah meneliti fakta-fakta menarik tentang syarikat Mr D.I.Y ini, apa pandangan anda tentang hala tuju syarikat? Adakah anda akan melabur ke dalam syarikat ini?
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)