• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Gopeng Berhad Usahakan Projek Nanas MD2 Terbesar Di Utara Tanah Air

in Catalyst
A A
Gopeng Berhad Usahakan Projek Nanas MD2 Terbesar Di Utara Tanah Air

Sumber Gambar : Gopeng Berhad

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

GOPENG, 8 Okt (Bernama) — Projek tanaman nanas premium jenis MD2 oleh Gopeng Berhad, sebuah syarikat bumiputera melibatkan kawasan seluas 404.7 hektar di sini dengan kos keseluruhan RM12 juta dijangka siap pada tahun depan. 

Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Gopine Bhd, Datuk Mohd Salleh Hashim berkata setakat ini pihaknya telah berjaya menanam nanas jenis MD2 di kawasan seluas 101 hektar selepas ia dimulakan pada 2019 dan apabila siap kelak, projek itu adalah yang terbesar di utara tanah air. 

“Sehingga ke hari ini Gopeng Berhad telah berjaya melakukan inovasi daripada segi agronomi penanaman yang mana satu prosedur operasi standard (SOP) bagi penanaman nanas MD2 secara komersil perladangan telah dibangunkan,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian dan pelancarkan pusat pemprosesan dan pengumpulan nanas Gopine oleh Gopine Berhad oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, hari ini. 

Mohd Salleh berkata pihak syarikat telah membangunkan beberapa program utama  bagi tujuan pembangunan perladangan nanas MD2 khusus untuk membantu golongan B40 menambah pendapatan mereka dikenali sebagai ‘Gopine Associate’. 

Katanya antara program itu termasuk agrokomersil iaitu kerjasama membangunkan ladang MD2 secara komersil seluas 40.5 hektar dengan SOP, input pertanian dan bekalan benih tanaman dibekalkan oleh Gopeng Berhad yang juga akan memantau rapi bagi memastikan kejayaan peserta. 

Sementara itu, Ahmad Faizal yang memuji kejayaan Gopeng Berhad mengusahakan perladangan nanas MD2 berharap segala usaha boleh diaplikasikan untuk tananam-tanaman lain khususnya sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan import seterusnya menjamin keselamatan makanan negara. 

Menjelas lanjut, Ahmad Faizal berkata pihaknya telah mengarahkan semua ketua syarikat berkaitan kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri untuk mengusahakan tanah milikan mereka yang terbiar dengan aktiviti pertanian menggunakan  teknologi moden. 

“Contohnya adalah pertanian bertingkat (vertical farming) dan penanaman dalam kawasan tertutup (indoor farming). Walaupun tanah kita kecil, tetapi kita masih boleh mendapatkan hasil yang berkualiti dalam tempoh yang singkat. 

“Dengan teknologi moden, hari ini kita boleh menaman sayur di dalam bangunan dan ia boleh mencapai ketinggian sehingga 14 tingkat. Bayangkan jika ia dilaksanakan di bangunan-bangunan terbiar di bandaraya Ipoh? Kita pasti akan dapat melahirkan lebih ramai petani moden yang berjaya,” katanya. 

— BERNAMA 

Share249ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In