KUALA LUMPUR, 9 Okt t 9 (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia secara keseluruhannya kekal positif ketika mengakhiri sesi pagi hari ini dengan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) membantu mengurangkan kerugian sebelumnya.
Pada pukul 12.30 tengah hari, FBM KLCI kekal rendah pada 1,518.84 selepas menyusut 0.59 mata daripada 1,519,74 ketika ditutup semalam.
Di pasaran lebih meluas, kaunter utnung mengatasi rugi dengan 542 berbalas 325 sementara 399 kaunter tidak berubah, 881 tidak diniagakan dan 40 lain digantung.
Jumlah dagangan ialah sebanyak 4.27 bilion unit bernilai RM1.55 bilion.
Kaunter tenaga muncul sebagai saham paling untung untuk sesi pagi dengan 27 kaunter mencatatkan kenaikan di pasaran utama, sekali gus membantu melonkkan indeks sebanyak 1.78 peratus.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM7.26, Top Glove naik satu sen kepada RM8.81, Public Bank susut dua sen kepada RM15.98 dan Petronas Gas merosot 54 sen kepada RM16.40.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 2.62 mata kepada 10,960.79 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 22.32 mata pada 13,086.03.
Indeks FBM 70 pula menambah 11.68 mata kepada 14,374.88, Indeks FBMT 100 kerugian 0.95 mata kepada 10,781.88 dan FBM ACE melonjak 44.94 mata kepada 10,530.62.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 44.83 mata pada 12,535.33, Indeks Perladangan menambah 17.78 mata kepada 7,049.10, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.08 mata pada 141.26.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards