Tersenarai di papan utama Bursa Malaysia pada tahun 1989, Nestle (Malaysia) Bhd (KLSE: 4707) (Nestle) adalah merupakan syarikat penghasilan produk-produk makanan dan minuman yang terkenal di Malaysia. Kini, Nestle beroperasi dengan 7 buah tapak pembuatan yang berupaya menghasilkan lebih daripada 500 jenis produk halal yang berjenama seperti Milo, Nestle, dan Maggi.
Kini, nilai pasaran Nestle adalah sebanyak RM32.83 bilion dan merupakan di antara 30 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Malaysia. Jom, kita lihat 9 perkara ini sebelum nak melabur saham Nestle:
1. Keputusan Kewangan 10 Tahun Lepas
Nestle telah berjaya mencapai CAGR sebanyak 4.0% dan memperoleh keuntungan bersih sebanyak 6.7% sejak 10 tahun yang lalu. Perolehannya telah meningkat daripada RM3.74 bilion pada tahun 2009 kepada RM5.52 bilion pada tahun 2019. Nestle telah berjaya menyumbang kepada peningkatan untuk keuntungan bersih daripada RM351.8 juta pada tahun 2009 kepada RM664.9 juta pada 2019.
Prestasi ini adalah hasil sumbangan daripada peningkatan daripada jumlah jualan dan pengawalan kos yang baik sejak 10 tahun yang lalu.


2. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2010 sehingga tahun 2019, Nestle telah berjaya menjana aliran tunai operasinya sebanyak RM7.28 bilion. Daripada jumlah tersebut, Nestle telah membelanjakan wang sebanyak:
– RM1.75 bilion untuk Capital Expenditures (Capex) bersih
– RM188.1 juta untuk pemulangan bersih hutang jangka panjang
– RM5.51 bilion untuk pembayaran dividen kepada pemegang saham.

3. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Nestle telah mencatatkan nilai perolehan sebanyak RM5.39 bilion dan keuntungan bersih sebayak RM572.7 juta untuk 12 bulan terkini. Jadi, syarikat telah mencatat sejumlah RM2.44 untuk Earnings Per Share (EPS) dan telah membayar RM2.80 untuk Dividend Per Share (DPS).
Soalan: Kenapa Nestle mampu membayar DPS yang lebih tinggi daripada EPS?
Ini kerana Nestle berupaya dan telah menjana aliran tunai operasi positif dalam masa 12 bulan tersebut. Jika syarikat tidak berupaya menjana aliran tunai operasi positif secara berterusan, syarikat tidak akan mempunyai keupayaan untuk memberi dividen yang lumayan kepada pemegang sahamnya.
Maka, sebab inilah pelabur akan melihat dan mengkaji pengurusan aliran tunai sebuah syarikat terlebih dahulu sebelum melabur ke dalam sahamnya.

4. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada 30 Jun 2020, Nestle telah merekodkan sebanyak:
– RM391.0 juta untuk liabiliti bukan semasa.
– RM631.7 juta untuk ekuiti pemegang saham.
– RM1.13 bilion untuk aset semasa.
– RM1.71 bilion untuk liabiliti semasa.
Maka, Nestle kini mempunyai nisbah hutang sebanyak 61.90% dan nisbah semasa sebanyak 0.66. Nestle telah mencatatkan kemerosotan baki tunai sebanyak RM67.3 juta.
Biasanya, pelabur akan lebih suka syarikat yang ada nisbah hutang yang rendah dan nisbah semasa yang tinggi. Pada pandangan pertama, nampak gayanya Nestle tidak memenuhi ciri-ciri tersebut. Adakah ini bermaksud kedudukan kewangan terkini syarikat tidak sekukuh dulu?
Jawapannya adalah tidak, jika kita membuat kajian terhadap kedudukan kewangannya khususnya untuk aliran tunai operasi syarikat, Dalam masa 10 tahun lalu, syarikat telah berjaya menjana sebanyak RM7.28 bilion untuk aliran tunai operasi atau pun RM728 juta setahun.
Namun, syarikat hanya mempunyai liabiliti bukan semasa sebanyak RM391.0 juta. Jadi, mampukah Nestle melangsaikan semua liabiliti bukan semasanya dalam setahun? Jawapannya masih mampu.
Namun, jika kita ambil jumlah liabiliti keseluruhan (liabiliti bukan semasa + liabiliti semasa) pula, keseluruhan jumlah liabiliti syarikat adalah sebanyak RM2.10 bilion. Jadi, berapa lagi wang yang diperlukan Nestle untuk membayar liabiliti keseluruhannya?
Maka, inilah sebabnya mengapa kita perlu memperhatikan aliran tunai di dalam pelaburan syarikat yang kita hendak laburkan, bak kata bidalan orang putih ‘cash flow is king’.
5. Pelan Pertumbuhan
Nestle telah mengemukakan pelannya untuk membuat pelaburan CAPEX untuk kilangnya di Shah Alam untuk membina satu pioneering facility untuk menghasilkan Plant-based Meal Solutions di dalam laporan Q2 2020. Nestle Malaysia akan menjadi yang terawal di negara Asia bagi menempatkan fasilititersebut.
6. Siapa Pemegang Utama Nestle?
Pada 28 Februari 2020, 5 pemilik utama Nestle adalah:

7. P/E Ratio
Pada 1 Oktober 2020, harga saham Nestle adalah RM140.00 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini adalah 57.33. Jika dibandingkan dengan EPS-nya untuk tempoh 12 bulan terkini, syarikat merekodkan sebanyak RM2.442 untuk nilai EPS-nya. Jika kita bandingkan dengan nilai P/E Ratio yang lepas (2010 – 2019), P/E Ratio terkini adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM140.00 / RM2.442
= 57.33

8. P/B Ratio
Pada Q2 2020, Nestle telah merekodkan sebanyak RM2.69 untuk aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio-nya terkini adalah 52.04. Kalau kita bandingkan dengan P/B Rationya untuk tahun-tahun yang lepas (2010 – 2019), nilai terkini adalah lebih tinggi daripada nilai purata sejak 10 tahun yang lepas.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 140.00 / RM 2.69
= 52.04

9. Kadar Dividen
Nestle telah membayar sebanyak 280.0 sen untuk dividen sesaham pada 2019. Dengan itu, terbuktilah Nestle merupakan sebuah syarikat yang membayar dividen secara konsisten dan meningkat dan sejak 10 tahun yang lepas.

Kadar pembayaran dividen terkini untuk Nestle ialah 2.00%. Jika dibandingkan dengan kadar pembayaran dividen untuk tahun-tahun yang lepas (2010 – 2019), nilai pembayaran dividen terkini adalah lebih rendah daripada 3.07%, iaitu nilai puratanya untuk tempoh 10 tahun yang lepas.
Kadar Pembayaran Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 2.80 / RM 140.00) x 100%
= 2.00%

Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, kami mendapati:

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham Nestle? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)