• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Aliran Masuk Portfolio Asing Malaysia Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Pada Suku Ketiga

in Berita
A A
Aliran Masuk Portfolio Asing Malaysia Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Pada Suku Ketiga

Sumber Gambar : Bloomberg

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Malaysia menarik aliran masuk portfolio asing berjumlah RM4.6 bilion pada suku ketiga, meningkat hampir dua kali ganda daripada RM2.4 bilion direkodkan pada suku kedua, 2020, walaupun menyederhanakan aliran asing ke dalam pasaran bon Malaysia dan jualan bersih ekuiti pada bulan September.

Rizab asing Bank Negara Malaysia (BNM) melonjak US$0.6 bilion bulan ke bulan kepada US$105.0 bilion paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan setakat akhir bulan September berbanding kepada US$104.4 bilion setakat akhir Ogos, kata UOB Global Economics and Markets Research.

“Kedudukan rizab asing terkini itu memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Ia berkata perbezaan antara hutang dan aliran ekuiti dijangka akan berlanjutan dalam tempoh terdekat susulan ketidaktentuan yang berlaku dalam persekitaran pandemik COVID-19 di Malaysia dan di seluruh dunia.

“Kami menjangkakan tempoh yang sukar dijangka menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) sementara ketegangan antara AS dan China semakin memuncak bagaimanapun jangkaan bahawa dolar US akan terus lemah bersama pemulihan ekonomi yang kukuh di China akan meningkatkan pertukaran asing Asia termasuk ringgit dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.

“Kami menjangkakan dolar US atau ringgit turun kepada 4.05 menjelang separuh pertama 2021,” katanya.

Ia juga berkata bahawa pelabur bukan pemastautin tetap menjadi pembeli bersih sekuriti hutang Malaysia walaupun pada kadar yang lebih perlahan untuk bulan kelima dengan aliran bon meningkat RM0.5 bilion kepada RM209.5 bilion pada bulan September.

Warga asing kekal sebagai penjual bersih ekuiti Malaysia bernilai RM2.0 bilion pada bulan September. Oleh itu, keseluruhan aliran portfolio asing turun sebanyak RM1.4 bilion.

Untuk bon pula, UOB berkata warga asing membeli kebanyakannya Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) berjumlah RM1.4 bilion, yang diimbangi dengan penjualan bersih Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) sebanyak RM0.4 bilion, Bil Perbendaharaan Malaysia sebanyak RM0.4 bilion serta sekuriti hutang swasta termasuk sukuk persendirian berjumlah RM0.1 bilion.

Pegangan asing dalam bon kerajaan Malaysia bertambah RM1.1 bilion kepada RM189.4 bilion pada bulan September berbanding RM188.3 bilion pada bulan sebelumnya, ia setara kepada 23.1 peratus daripada jumlah tertunggak, katanya.

Untuk MGS, pegangan asing bertambah RM1.4 bilion kepada RM169.2 bilion atau 38.8 peratus daripada jumlah keseluruhan MGS yang tertunggak, manakala GII merosot kepada RM20.2 bilion atau 5.6 peratus daripada jumlah keseluruhan tertunggak.

Pada setiap suku tahunan, UOB berkata keseluruhan aliran portfolio asing mencatatkan aliran masuk bersih RM4.6 bilion pada suku ketiga kerana aliran masuk hutang lebih banyak daripada mengimbangi aliran keluar ekuiti.

“Ini dibandingkan dengan aliran masuk bersih keseluruhan sebanyak RM2.4 bilion pada suku kedua 2020 dan aliran keluar bersih sebanyak RM24.5 bilion pada suku pertama 2020.

“Walaupun berlaku kenaikan aliran masuk asing antara bulan Jun hingga Ogos, ia tidak mencukupi untuk mengimbangi penurunan yang lebih besar terutama pada bulan Februari hingga Mac, yang menjadikan aliran portfolio asing setakat ini pada RM17.5 bilion dari Januari hingga September,” ia menambah.

— BERNAMA 

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share212ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

11 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In