KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Bina Puri Holdings Bhd, melalui usaha samanya, SPTK Joint Venture Co Ltd (SPTK JV), telah memenangi bidaan untuk pakej bernilai 7.75 bilion baht (RM1.036 bilion) untuk projek pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di Thailand.
Anak syarikat milik penuh Bina Puri, Bina Puri Sdn Bhd (BPSB) bersama NPA Construction Co Ltd dan Tim Sekata Sdn Bhd telah memeterai perjanjian usaha sama bagi membentuk SPTK JV untuk melaksanakan pembinaan projek berkenaan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Bina Puri berkata SPTK JV telah memperoleh kerja-kerja sivil untuk bahagian Khok Kruat-Nakhon Ratchasim di bawah Fasa 1 bagi landasan Bangkok-Nakhon Ratchasima projek HSR itu, yang menghubungkan wilayah-wilayah di bahagian Bangkok-Nong Khai.
Baru-baru ini, State Railway of Thailand telah mengumumkan bahawa syarikat usahasama SPTK JV Co. Ltd merupakan syarikat yang telah berjaya memenangi bidaan projek itu.
Projek berkenaan adalah hasil usaha sama antara kerajaan Thailand dan China.
Pengarah Eksekutif Bina Puri Datuk Matthew Tee berkata jajaran pembinaan adalah sepanjang 13.68 km termasuklah pembinaan landasan sejauh 12.38 km.
Ia turut melibatkan pembinaan stesen baharu, Stesen Phu Kao Lat dan menaik taraf stesen sedia ada, Stesen Nakorn Ratchasima.
“Kerja-kerja lain termasuklah kerja-kerja tanah, tembok penahan, tembok halangan kalis bunyi, pembinaan bangunan servis dan stesen yang turut meliputi kerja elektrik, mekanikal, jalan raya, kerja paip dan saliran serta utiliti lain,” tambah beliau.
Jumlah perolehan projek pembinaan bagi kumpulan kini berjumlah RM1.9 bilion termasuk kontrak paling baharu, dan ia bakal menyumbang secara positif kepada aset bersih dan pendapatan kumpulan.
Beliau berkata Kumpulan Bina Puri terus menerus aktif dalam aktiviti pembidaan sama ada bagi projek dalam negara mahupun di luar negara, dan akan membuat pengumuman dari masa ke semasa.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards