fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Unjuran KDNK 2020 Kekal -5.5% Hingga -3.5% Meskipun Dengan Kemunculan Semula Covid-19: Tengku Zafrul

in Berita
A A
Unjuran KDNK 2020 Kekal -5.5% Hingga -3.5% Meskipun Dengan Kemunculan Semula Covid-19: Tengku Zafrul

Sumber Gambar : Razak Ghazali

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama)  —  Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tidak akan diturunkan lagi meskipun terdapatnya peningkatan secara mendadak jangkitan COVID-19  di dalam negara.

Justeru itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata unjuran pertumbuhan 2020 akan kekal antara -5.5 peratus dan -3.5 peratus.

“Gelombang kedua sangat tertumpu dan lebih daripada 60 peratus adalah terkawal. Kami tidak menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi, semua aktiviti perniagaan dibenarkan untuk terus berjalan,“ kata beliau dalam temu bual yang dikeudarakan di stesen radio BFM hari ini.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa untuk tahun ini, Malaysia beserta 150 negara lain, sedang mengalami kemelesetan.

Tetapi pada tahun 2021, beliau berkata ekonomi akan kembali meningkat dan pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka pada sekitar 5.5 peratus hingga 8.0 peratus — unjuran yang seiring dengan ramalan KDNK yang lebih kukuh oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tengku Zafrul berkata kerajaan telah mengumumkan pelbagai pakej rangsangan yang akan berakhir tahun ini, dan akan terus meninjau pelbagai cara untuk melindungi kehidupan rakyat dan menumpukan perhatian kepada momentum pemulihan dalam Belanjawan 2021 akan datang.

“Sudah tentulah, penting untuk kita membina daya ketahanan bagi memastikan Malaysia boleh menahan kejutan ekonomi masa depan,” tambah beliau.

Menyentuh mengenai pertumbuhan pinjaman bank, ia dijangka pulih tahun depan sejajar dengan pertumbuhan KDNK yang positif, kata menteri kewangan itu.

“Pinjaman bank amat berhubung kait dengan KDNK. Pertumbuhan KDNK telah merosot pada suku kedua kepada penguncupan 17 peratus, tetapi saya menjangkakan ia akan bangkit semula pada separuh kedua tahun ini, terutamanya dalam suku keempat,” kata beliau.

Tengku Zafrul turut melahirkan harapan agar ekonomi negara akan kembali kepada tahap sebelum kemunculan COVID-19 pada 2021.

“Tahun hadapan akan menjadi tahun peralihan bagi kita. Kita boleh kembali kepada tahap KDNK 2019 pada 2021,” kata beliau.

Beliau menambah bahawa unjuran itu adalah seiring dengan sasaran industri perbankan untuk  pertumbuhan pinjaman yang lebih tinggi tahun depan, dipacu terutamanya oleh segmen utama seperti gadai janji, perusahaan kecil dan sederhana dan perbankan komersil.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share212ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In