KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Anak syarikat milik penuh TCS Group Holdings Bhd (TCS), TCS Construction Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM323 juta daripada Cosmowealth Housing Development Sdn Bhd, anak syarikat Mah Sing Group Bhd.
Kontrak itu adalah bagi kerja-kerja bangunan utama dua blok pangsapuri perkhidmatan 57 tingkat dengan 799 unit setiap satu, 10 tingkat tempat letak kereta, satu aras tempat letak kereta bawah tanah dan satu tingkat dilengkapi kemudahan untuk pembangunan M Arisa di Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan TCS Group Datuk Tee Chai Seng berkata tempoh keseluruhan kontrak adalah 36 bulan bermula dari tarikh pemilikan tapak.
“Kumpulan itu kekal positif terhadap prospeknya yang disokong oleh pemulihan sektor pembinaan secara beransur-ansur, peningkatan buku pesanan serta penyertaan aktif dalam tender bagi segmen pembinaan bangunan dan infrastruktur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards