• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

SC Akan Perluas Skop Nasihat Khusus Perancang Kewangan

in Berita
A A
Pelabur Runcit, Individu Pasaran Modal Terus Meningkat – Pengerusi SC

Sumber Gambar : The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memperluas skop nasihat khusus oleh perancang kewangan dengan menambah saham dan bon, kata Pengerusi Datuk Syed Zaid Albar.

Beliau berkata perkembangan dasar baharu itu adalah seiring dengan teras strategik Pelan Tindakan Bersama yang diwujudkan SC baru-baru ini.

“Ini menunjukkan perancang kewangan boleh berperanan penting dalam menggalakkan penyertaan bermaklumat ke dalam pasaran saham dan bon.

“Ini pasti memerlukan kompetensi. Butiran terperinci mengenai dasar ini akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Simposium Perancangan Kewangan Utama Tahunan, anjuran Persatuan Perancang Kewangan Malaysia hari ini.

Beliau berkata berasaskan industri perancangan kewangan yang kukuh, rakyat Malaysia boleh kekal yakin bahawa teras sokongan utama bagi panduan pelaburan yang tersusun telah disediakan.

“Perancang kewangan boleh memainkan peranan penting dalam melindungi pelabur daripada pilihan pelaburan yang teruk,” katanya.

Syed Zaid juga mengumumkan program rintis di antara Pentadbir Persaraan Swasta Malaysia dan perancang kewangan berlesen serta SmartFinance, dengan platform penasihat persaraan akan diwujudkan untuk ahli Skim Persaraan Swasta (PRS).

Beliau berkata usaha ini bertujuan meletakkan perancang kewangan sebagai teras penting dalam membawa rakyat Malaysia ke arah kesejahteraan kewangan yang lebih baik dan memenuhi permintaan yang bertambah terhadap nasihat persaraan.

“Memandangkan industri perancangan kewangan telah matang, pelbagai perancang mula memikirkan secara lebih serius mengenai hala tuju masing-masing dan mereka mengakui perlunya mendapatkan sumber untuk peluang pertumbuhan baharu.

“Atas faktor itulah SC meliberalisasikan dasar tertentu, sejajar dengan langkah lain, bagi memberi ruang kepada industri untuk mengembangkan dan mempertingkat rantaian nilai nasihat,” katanya.

Beliau turut memuji industri perancangan kewangan yang bersama-sama membentuk dua kumpulan kerja industri untuk meningkatkan peranan perancang kewangan kepada lingkungan dan sofistikated lebih tinggi, serta menambah baik piawaian profesional.

“Kini, dalam tempoh ketidaktentuan ini dan kemahuan untuk melonjakkan rantaian nilai juga mendorong pandangan baharu bagaimana rangkaian produk pasaran modal dapat dimanfaatkan untuk membentuk portfolio holistik untuk mengharungi tempoh yang baik dan buruk,” katanya.

Selain itu, Syed Zaid berkata beliau bimbang dengan aliran yang baru muncul memandangkan jumlah penipuan meningkat, khususnya dalam tempoh mencabar ini.

Beliau berkata ramai menjadi mangsa penipuan disebabkan kekurangan pendedahan atau pemahaman konsep dan asas kewangan yang berguna seperti inflasi, faedah dan kepelbagian risiko.

“Itulah sebab pentingnya kita semua terlibat dalam usaha meningkatkan celik kewangan secara sistematik, berterusan dan terlaras.

“Jaringan Pendidikan Kewangan — sebuah kumpulan antara agensi yang dipengerusikan bersama oleh SC dan Bank Negara Malaysia — komited untuk bekerjasama dengan penganjur dan persatuan industri bagi merealisasikan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan.

“Ini akan membantu rakyat Malaysia menangani ketidaktentuan lebih besar dan kesukaran kewangan, memastikan individu menyedari dan berupaya menguruskan wang secara bijak, untuk merancang dan melabur demi masa depan di samping melindungi mereka daripada penipuan, penipuan dan penyalahgunaan kewangan,” katanya.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share208ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

9 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In