• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

PChem, Maybank Dorong FBM KLCI Ditutup Pada Paras Tinggi Seharian

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Petronas Chemicals Group Bhd (PChem) telah membantu melonjakkan indeks pasaran utama bursa, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) untuk ditutup pada paras tinggi seharian, sekali gus menghapuskan sama sekali kerugian yang dicatatkan semalam.

Pada penutup hari ini, indeks petunjuk utama mengukuh 2.0 peratus kepada 1,519.43 selepas bergerak serendah 1,495.28 sepanjang sesi urus niaga.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran bagaimanapun menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 503 berbalas 469 sementara 441 kaunter tidak berubah, 734 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menokok kepada 6.28 bilion unit bernilai RM3.23 bilion berbanding 5.25 bilion saham semalam bernilai RM3.60 bilion.

Seorang penganalisis berkata untuk hari ini, pasaran digerakkan terutamanya oleh pelabur institusi yang menyokong FBM KLCI.  

“Sementara itu, pelabur runcit terus menyasarkan saham yang telah terlebih jual sejak beberapa minggu lepas terutamanya saham bermodal pertengahan dan kecil. Pada masa sama, ada yang mengambil kesempatan mendapatkan keuntungan ke atas saham pasaran ACE,” kata beliau.

Mengenai sentimen pasaran, beliau berkata sokongan asas kekal kukuh tetapi lebih bersifat berhati-hati memandangkan pergerakan pasaran masih tidak menentu berikutan perkembangan kes COVID-19, vaksin, persengketaan AS-China, pilihan raya presiden AS dan Belanjawan 2021.

 Di pasaran tempatan, beliau berkata permainan politik terbaharu oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi sebarang kesan kepada bursa tempatan hari ini kerana ia telahpun diambil kira oleh para pelabur.

Daripada perspektif analisis teknikal, bursa tempatan kekal dalam kedudukan terlebih jual dengan trend menaik jangka pendek dirangsang oleh sokongan tempatan.

“Paras halangan semerta ialah 1,525 sementara sokongan pada paras 1,485,” kata beliau.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Petronas Chemicals naik 30 sen kepada RM6.00, Maybank meningkat 20 sen kepada RM7.30, Petronas Gas mengukuh 84 sen kepada RM16.94, Public Bank melonjak 42 sen kepada RM16.00 dan Sime Darby Plantation meningkat 16 sen pada harga RM5.05.

Kelima-lima syarikat ini membantu menolak naik indeks komposit sebanyak 18.49 mata lebih hari ini.

Bagi saham paling untung, saham pengguna terus mendahului dengan Nestle meningkat RM3.30 sen kepada RM141.80, F&N naik RM1.34 kepada RM33.34 dan Hong Leong Financial menambah naik 62 sen kepada RM14.48.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 169.86 mata kepada 10,958.17 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 161.59 mata kepada 13,063.71.

FBM 70 menokok 90.39 mata kepada 14,363.19 dan Indeks FBMT 100 lebih tinggi sebanyak 175.26 mata kepada 10,782.80 dan  FBM ACE bagaimanapun menyusut 16.32 mata kepada 10,485.68.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 277.02 mata pada 12,580.16, Indeks Perladangan menambah 143.77 mata kepada 7,031.32 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengukuh 3.45 mata kepada 141.34.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 589.31 juta bernilai RM107.06 juta berbanding 618.34 juta unit bernilai RM150.09 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 1.72 bilion bernilai RM604.08 juta daripada 1.31 bilion saham bernilai RM498.90 juta pada hari Rabu.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 1.71 bilion saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (897.89 juta), pembinaan (286.63 juta), teknologi (515.45 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (27.12 juta), hartanah ( 130,14 juta), perladangan (50.49 juta), REIT (6.89 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (91.76 juta), penjagaan kesihatan (85.99 juta), telekomunikasi dan media (40.74 juta), pengangkutan dan logistik (44.08 juta) dan utiliti (18.58 juta).

– BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In