fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Pasaran Meningkat Semula Berikutan Keyakinan Baharu Terhadap Rangsangan AS

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Pasaran tempatan pulih selepas indeks utama susut 1.4 peratus semalam, disokong oleh keyakinan baharu terhadap pakej rangsangan Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.11 mata kepada 1,496.67 daripada 1,486.56 semasa ditutup sebelum ini.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 260 berbanding 120, manakala 245 kaunter tidak berubah, 1,522 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 584.91 juta unit bernilai RM164.06 juta.

Seorang penganalisis berkata saham Asia dijangka meningkat daripada keyakinan baharu ini berikutan ia akan membawa kepada pemulihan ekonomi yang lebih kukuh, selain kesan limpahan kepada negara-negara sedang pesat membangun di Asia. 

“Bagaimanapun, keadaan tidak menentu kekal pada garis masa rangsangan, selain jumlah kes COVID-19 yang meningkat di peringkat global, yang akan mengehadkan peningkatan buat masa ini,” katanya. 

Sementara itu, Malacca Securities, dalam nota ekuitinya hari ini berkata tekanan jualan dalam indeks saham wajaran tinggi terpilih menyebabkan bursa tempatan rendah semalam.

Kaunter saham wajaran tinggi meningkat semula dalam sesi awal apabila Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing meningkat enam sen kepada RM7.16 dan RM10.30, Petronas Chemicals menambah lapan sen kepada RM5.78, Sime Darby naik lima sen kepada RM2.44, dan Public Bank menokok lapan sen kepada RM15.66. 

Bagi kaunter paling untung, F&N menambah 18 sen kepada RM32.18, Scientex naik 12 sen kepada RM11.08 dan Latitude Tree meningkat 11 sen kepada RM1.54.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 47.50 mata kepada 10,835.81 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 49.67 mata kepada 12,951.79.

FBM 70 meningkat 47.04 mata kepada 14,319.84, Indeks FBMT 100 naik 46.62 mata kepada 10,654.16 dan FBM ACE melonjak 48.04 mata kepada 10,550.04.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 60.28 mata kepada 12,363.42, Indeks Perladangan menambah 22.88 mata kepada 6,910.43, serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.66 mata kepada 138.64.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

6 days ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In