KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Indeks Keyakinan Worldcom (WCI) telah menunjukkan bahawa keyakinan korporat dalam kalangan eksekutif kanan Malaysia turun 0.4 peratus kepada 18.55 pada bulan Ogos daripada skor 18.58 pada bulan Julai.
WCI berkata keyakinan korporat global secara keseluruhan pada bulan Ogos adalah 0.1 peratus lebih tinggi daripada pada bulan Julai, menandakan peningkatan global selama empat bulan berturut-turut sejak pandemik COVID-19 menjejaskan keyakinan perniagaan global pada bulan April.
Dalam satu kenyataan hari ini, agensi sekutu Worldcom Group di Malaysia, Perunding Prinsipal TQPR (Malaysia) Sdn Bhd, Niall Dologhan berkata perubahan keyakinan korporat global dan Malaysia dari bulan Julai hingga Ogos dianggap ‘lembut’.
“Ini menunjukkan bahawa tidak ada pencetus perubahan ketika penularan COVID-19, dan keyakinan perniagaan kekal lemah,” katanya.
“Eksekutif kanan di Malaysia kurang yakin kepada dua topik, iaitu mereka mempunyai kawalan langsung yang relatifnya sedikit, khususnya perubahan kerajaan dan perundangan serta bagaimana pemimpin politik berkomunikasi,” katanya.
Worldcom Group, sebuah syarikat perhubungan awam global, menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) yang canggih untuk mengesan sentimen dan penglibatan eksekutif C-Suite (eksekutif pengurusan kanan) terhadap lebih daripada 54,000 perniagaan terkemuka di seluruh dunia.
Penurunan keyakinan korporat di Malaysia adalah satu daripada kejatuhan besar antara 30 negara yang dijejaki oleh WCI.
Satu-satunya negara dengan penurunan yang lebih tinggi adalah Mexico, Portugal, Itali dan Poland, kesemuanya menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19 pada bulan Ogos.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards