KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Kementerian Kewangan berharap momentum pemulihan ekonomi akan dapat dikekalkan dalam Belanjawan 2021 yang bakal diumumkan pada 6 November depan.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata ekonomi negara sedang mencatatkan penambahbaikan dari pelbagai perspektif dan indikator, antara lainnya termasuk penurunan angka pengangguran, peningkatan indeks perdagangan runcit dan borong, pertambahan pelaburan asing langsung dan peningkatan produktiviti dalam industri pembuatan dan pembinaan.
“Antara faktor yang menyumbang kepada pemulihan ekonomi adalah pelaksanaan bantuan dan langkah di bawah PRIHATIN dan PENJANA, tetapi tidak dilupakan, usaha rakyat Malaysia dan peniaga-peniaga yang mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan.
“Saya berterima kasih kepada rakyat dan peniaga yang memainkan peranan yang penting ini dan moga usaha diteruskan,” katanya dalam Laporan LAKSANA Ke-24 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dikeluarkan, hari ini.
Tengku Zafrul berkata ketika perjumpaannya bersama pihak berkepentingan pelbagai industri, isu yang sering dibangkitkan adalah sokongan berterusan kerajaan terhadap perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam memastikan ketersediaan untuk beroperasi dalam norma baharu serta menjana permintaan daripada pengguna dan pelabur.
Menurutnya, kerajaan juga telah menerima pelbagai cadangan, dan sedang mempertimbangkan kesemuanya, bagi merangka Belanjawan 2021 yang berpaksikan rakyat, perniagaan dan ekonomi.
“Ini adalah demi memastikan kesinambungan pendekatan yang selaras dengan Pakej PRIHATIN dan PENJANA. Sesungguhnya, kerajaan amat serius dalam mengekalkan momentum pemulihan ekonomi pada 2020 dan melonjakkannya pada 2021,” katanya.
Tengku Zafrul berkata, negara sedang berdepan dengan peningkatan kes harian baharu COVID-19 yang mencecah sehingga tiga digit dengan majoritinya tertumpu di beberapa kawasan di sekitar Sabah dan Kedah.
Justeru itu, pendekatan yang diambil kerajaan adalah untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Bersasar, katanya.
“Pendekatan ini, antara lain, memastikan keseimbangan antara usaha membendung penularan wabak COVID-19 dan penerusan aktiviti ekonomi.
“Seperti yang disarankan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekonomi kita perlu terus digerakkan dalam usaha pemulihan serta bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat dan kestabilan ekonomi negara,” katanya.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards