KUALA SELANGOR, 8 Okt (Bernama) — Gas Malaysia Berhad memperuntukkan kira-kira RM500,000 bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu pada tahun ini dalam usaha memberi sumbangan kembali kepada masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata peruntukan tersebut meliputi pelbagai aspek antaranya komuniti, kesihatan, alam sekitar dan sukan.
Sebagai contoh, katanya, Program Penanaman Semula Anak Pokok Bakau anjuran pihaknya hari ini di Taman Alam Kuala Selangor merupakan antara salah satu inisiatif syarikat tersebut membantu memelihara serta memulihara alam sekitar.
“Program yang disertai lebih kurang 50 orang kakitangannya itu merupakan kesinambungan projek CSR alam sekitar yang telah dilaksanakan sebelum ini.
“Penanaman hampir 300 anak pokok ini adalah kesinambungan projek penanaman pokok rhu di Kuantan, Pahang. Kita juga pernah melaksanakan bersama dengan Jabatan Perhutanan Perak bagi pusat rehabilisasi tuntung,” katanya kepada pemberita selepas program tersebut, di sini, hari ini.
Mengenai kesan pandemik COVID-19 ke atas prestasi syarikat, Ahmad Hashimi berkata semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada awal Mac lalu berlaku pengurangan 25 peratus permintaan penggunaan gas daripada kilang-kilang, kecuali sektor penting.
“Kesan keseluruhan pengurangan penggunaan gas berlaku pada April dan awal Mei.
“Tetapi kini, pertambahan penggunaan gas hampir sama dengan penggunaan gas sebelum PKP dilaksanakan dan keadaan tersebut diharap berterusan hingga hujung tahun,” katanya.
Menurutnya, penurunan penggunaan gas pada Mac hingga April itu dapat ditampung oleh permintaan daripada sektor pembuatan dan penghasilan getah iaitu sebanyak 35 peratus daripada jumlah keseluruhan.
“Penggunan sarung tangan farmaseutikal bertambah jadi permintaan gas pun bertambah, penggunaan dari sektor ini dapat menolong mengurangkan impak untuk keseluruhan pengurangan,” katanya.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards