• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

FBM KLCI Pada Kedudukan Terlebih Jual, Belanjawan 2021 Jadi Pemangkin Terbaik

in Berita
A A
FBM KLCI Pada Kedudukan Terlebih Jual, Belanjawan 2021 Jadi Pemangkin Terbaik

Sumber Gambar : EuroNews

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Sejak pandemik COVID-19 mempengaruhi pasaran ekuiti, indeks utama Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI berada di bawah tekanan untuk melepasi daripada kedudukan terlebih jualnya. 

Seorang penganalisis berkata indeks kini menghadapi kesukaran untuk melepasi paras halangan segera pada 1,520.

“Dari segi penanda aras teknikal, petunjuk telah menjadi negatif berikutan histogram konvergensi/divergensi rata-rata bergerak (MACD) menjadi merah, manakala Indeks Kekuatan Relatif (RSI) kekal di bawah 50, menunjukkan momentum aliran penurunan buat masa ini,” katanya. 

Beliau berkata kes COVID-19 yang meningkat di negara ini sejak minggu lepas membimbangkan pelabur, terutamanya pelabur institusi asing. 

“Bagi pusingan ini (suku keempat), pembeli runcit tempatan sebahagian besarnya tidak akan hadir berikutan moratorium selama enam bulan telah tamat bulan lepas.

“Ini bermakna akan terdapat pengurangan dari segi pendapatan boleh guna untuk individu berikutan ramai yang menghadapi gangguan pekerjaan dan pemotongan gaji,” katanya.  

Banyak kaunter berada di bawah tekanan sejak pandemik berlaku, termasuk Tenaga Nasional, Maybank, Axiata Group dan Genting, berdasarkan saiznya dari segi bahagian pasaran dan portfolio asing. 

Beliau berkata keyakinan pelabur dijangka meningkat dengan pengumuman mengenai Belanjawan 2021 pada 6 Nov, yang akan memacu bursa tempatan untuk lebih tinggi bagi melepasi paras halangan.

“Dengan memberi penekanan yang betul untuk membina semula ekonomi tempatan selepas COVID-19 akan memacu pasaran tempatan untuk lebih tinggi pada tahun ini,” katanya.

Firma penyelidikan global berkata 2020 telah menjadi tahun yang suram untuk ekonomi dunia berikutan pandemik yang sedang berlaku dan ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk ekonomi pulih sepenuhnya.

Penyelidikan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengunjurkan pertumbuhan global menguncup 4.9 peratus pada 2020 — 1.9 peratus di bawah unjuran Prospek Ekonomi Dunia pada April 2020.

WEF berkata pandemik COVID-19 memberi lebih banyak impak negatif kepada aktiviti pada separuh pertama 2020 daripada yang dijangkakan pada awalnya, dan pemulihan diunjurkan lebih perlahan daripada yang dijangka sebelum ini. 

“Bagaimanapun, pada 2021, pertumbuhan global diunjurkan sebanyak 5.4 peratus.

“Secara keseluruhannya, ini akan menjadikan KDNK 2021 kira-kira 6.5 mata peratusan lebih rendah daripada unjuran sebelum COVID-19 pada Januari 2020,” katanya. 

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share209ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In