KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — airasia.com telah melancarkan identiti baharunya sebagai sebuah aplikasi super Asean, sekali gus melengkapkan transformasi AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan digital kepada platform gaya hidup yang komprehensif untuk semua.
Dalam satu kenyataan hari ini, Airasia berkata aplikasi super airasia.com itu menawarkan pengalaman pengguna yang lebih mudah, pantas dan lancar serta menyediakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan di bawah tiga kategori utama — perjalanan, e-dagang dan teknologi kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com Karen Chan berkata pelancaran aplikasi super airasia.com ini adalah bukti budaya inovasi berterusan Airasia dan ia juga sebagai dorongan untuk memberikan nilai terbaik kepada para pelanggan
“Dalam era baharu pasca-COVID-19 ini, kami memahami keperluan fleksibiliti perjalanan. Justeru itu, kami melancarkan Pas Tanpa Had AirAsia yang inovatif dengan menawarkan pas penerbangan yang boleh ditebus kemudian dan ia telah menjadi ikutan penggiat industri penerbangan lain,” tambah beliau.
Bersempena dengan pelancaran ini, airasia.com akan mengadakan jualan terbesar airasia.com (airasia.com Super Sale) bermula 12-18 Okt, 2020 dengan menawarkan diskaun sehingga 90 peratus dalam semua kategori produk di aplikasi super airasia.com dan laman airasia.com.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards