• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

ADB Cadang Pembiayaan Hijau Untuk Pemulihan Ekonomi Asia Tenggara

in Berita
A A
ADB Cadang Pembiayaan Hijau Untuk Pemulihan Ekonomi Asia Tenggara

Sumber Gambar : CNBC

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Asian Development Bank (ADB) menggesa penggubal dasar di Asia Tenggara menggunakan pendekatan pembiayaan hijau dan inovatif untuk membantu memangkin anggaran pelaburan sebanyak US$3.1 trilion (US$1=RM4.15) yang diperlukan bagi infrastruktur yang mesra alam di rantau ini menjelang 2030. 

ADB dalam buku yang baharu dilancarkan, “Strategi Kewangan Hijau untuk Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 di Asia Tenggara” berkata pelaburan daripada sumber awam dan swasta itu amat kritikal kepada pemulihan ekonomi serantau daripada pandemik COVID-19. 

“Kewangan hijau merujuk kepada semua instrumen pembiayaan, pelaburan dan mekanisme yang menyumbang kepada matlamat kelestarian iklim dan alam sekitar. Ia bertujuan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, meningkatkan daya tahan cuaca serta perlindungan alam sekitar seperti kualiti udara dan air, ekosistem serta biodiversiti,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Buku ini meneroka instrumen pembiayaan yang inovatif, mampan dan berdaya tahan seperti bon peralihan dan hijau untuk pemulihan COVID-19, kredit biru bagi pembiayaan berkaitan lautan dan pensekuritian hijau, di samping menyediakan contoh inisiatif hijau yang disokong ADB. 

“Walaupun sesetengah negara telah memulakan projek dan bon hijau, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membantu ekonomi Asia Tenggara memenuhi keperluan pembiayaan besar mereka dan mempercepatkan pemulihan ekonomi secara mampan,” kata ADB.

Buku ini mencadangkan kerajaan untuk menggunakan pendekatan pemangkin kewangan hijau bagi membina sasaran dan program mesra alam negara dan mula menjauhkan diri daripada pelaburan yang berintensifkan karbon serta bahan api fosil.

Dengan pasaran kewangan hijau yang semakin berkembang di Asia, bank itu telah memperuntukkan sebanyak US$6.5 bilion dalam kewangan iklim daripada sumbernya sendiri pada 2019.

Ia menyasarkan untuk mencapai sejumlah US$80 bilion mulai 2019 hingga 2030 dalam pembiayaan iklim di bawah Strategi 2030 dengan komitmen bagi menjadikan 75 peratus daripada semua projek ADB sebagai mesra alam sekitar menjelang 2030.

Sementara itu, Naib Presiden Ahmed M Saeed berkata pemulihan hijau untuk Asia Tenggara amat diperlukan bagi merangsang penciptaan pekerjaan jangka panjang serta mampan di rantau yang mempunyai populasi seramai 650 juta orang. 

“Ia akan merancakkan pertumbuhan yang saksama, melindungi alam sekitar dan membantu kerajaan memenuhi sasaran perjanjian iklim Paris. Penerbitan buku ini amat menepati masanya yang mencerminkan bagaimana kewangan hijau dapat merangsang pertumbuhan di rantau ini dan mengatasi cabaran perubahan iklim serta pandemik global,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share213ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In