Sebelum kita mula, kita kena ambil dulu apa yang terjadi kepada Bursa Malaysia sepanjang bulan September 2020.

Jika kita lihat kepada indeks FBM KLCI sepanjang bulan September 2020, carta menunjukkan pasaran saham negara kita sedang mengalami Downtrend. Bermula pada paras 1,521.43 mata pada 1 September 2020, ianya jatuh kepada 1,504.82 mata di hujung bulan September 2020.
Jika FBM KLCI sudah merosot, pastinya ada kaunter-kaunter saham yang terkena tempiasnya. Di sini, kami akan mengupas secara terperinci tentang kaunter-kaunter saham patuh syariah yang paling rugi sepanjang bulan September 2020.

Daripada 10 kaunter patuh syariah paling rugi ini, kami akan pilih tiga kaunter daripada sektor yang berbeza dalam senarai tersebut untuk dibincangkan secara lebih terperinci.
Kaunter-kaunter yang terpilih adalah :
- HO WAH GENTING BERHAD (Sektor Produk & Perkhidmatan Industri)
- GREEN OCEAN CORPORATION BERHAD (Sektor Produk & Perkhidmatan Pengguna)
- XOX BERHAD (Sektor Telekomunikasi & Media)
1. HO WAH GENTING BERHAD (HWGB) (9601)
Ho Wah Genting Berhad yang memiliki 4 anak syarikat, telah disenaraikan di Papan Ace Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada 28 Disember 1994,. Di awal penubuhannya, Ho Wah menjalankan perniagaan pengangkutan yang membawa penumpang ke Genting Highland Resorts. Prof Dato Lim Bui Hoon telah berjaya membawa Ho Wah Genting Transport & Tours Sdn Bhd dari sebuah syarikat pengangkutan kecil menjadi Ho Wah Genting Berhad yang kini tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.
Pandangan Dari Sudut Analisa Fundamental HWGB

HWGB memiliki modal pasaran sebanyak RM289.69 juta. Dengan menggunakan analisa 5 magic numbers iaitu EPS, PE, ROE, NTA dan IV; HWGB dilihat tidak mempunyai kedudukan kewangan yang baik. Nilai-nilai tersebut menunjukkan nilai negatif yang memberi maksud syarikat ini sedang mengalami kerugian.
Laporan kewangan yang baru dikeluarkan pada 27 Ogos 2020, menunjukkan syarikat mengalami kerugian bersih sebanyak RM1.87 juta pada suku kedua tahun 2020. Jika dibandingkan dengan suku yang sama daripada tahun lepas, prestasinya telah merudum sebanyak 974%.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal HWGB

Pada 1 September 2020, HWGB ditutup pada paras RM1.06 dan pada 30 September 2020, kaunter ini ditutup pada paras RM0.49. Sepanjang bulan September kaunter ini telah jatuh sebanyak 53.77%. Melihat kepada carta, kaunter ini telah mula menurun sejak 10 Ogos lagi.
Secara teknikal, saham ini telah membuat reversal trend sejak itu dan berada dalam jajaran downtrend sehingga ke hari ini. Banyak support telah dipatahkan seperti pada harga RM1.050 dan RM0.900. Harga saham juga telah menutup gap yang telah dibuat sebelumnya.
Melihat kepada carta harga terakhir pada 2 Oktober, ianya ditutup betul-betul pada paras support yang baru iaitu pada RM0.550 yang mana paras ini adalah paras resistance yang kuat sepanjang bulan Jun yang lalu.
Catalyst HWGB
Pelbagai catalyst dikeluarkan mengenai HWGB. Di antaranya adalah :
- HWGB mendapat kelulusan pendaftaran produk dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency of Ministry Of Health Malaysia
- HWGB mempertimbangkan untuk melantik Xinkexian Biotechnology Co Ltd sebagai pengeluar bukan ekslusif untuk menghasilkan vaksin Covid-19.
- Rakan usaha sama HWGB Biotech Sdn Bhd, E-MO Biology Inc (EBI) yang berpangkalan di AS, telah membuat tiga perjanjian penyelidikan dan pengembangan (R&D) untuk menghasilkan vaksin COVID-19.
2. GREEN OCEAN CORPORATION BERHAD (GOCEAN) (0074)
Green Ocean Corporation Berhad (GOCEAN) adalah syarikat tersenarai awam di Pasar ACE Bursa Malaysia Berhad sejak tahun 2003. Berdasarkan falsafahnya untuk meneruskan misi untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar melalui produk dan servis kumpulan syarikat tersebut yang mesra alam.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental Gocean

Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal Gocean

Berdasarkan carta di atas, terdapat beberapa sell signal telah terhasil seperti Hanging Man (Bearish Candlestick) pada 10 Ogos dan Three Black Crows yang terbentuk dari 10-12 Ogos di mana penjual menguasai pasaran selama tiga hari berturut-turut. Selain daripada itu, Gocean turut mematahkan paras sokongan yang kuat pada paras RM0.240.
Setelah dua kali percubaan untuk mematahkan support tersebut, akhirnya pada 23 September Gocean gagal bertahan dan terus jatuh.
Sebelum rally kenaikan harga kaunter ini, paras resistance yang kuat adalah pada paras RM0.145. Harga terakhir ketika artikel ini ditulis adalah RM0.180. Gocean dilihat masih berada dalam aliran downtrend dan tiada tanda-tanda bahawa kaunter ini akan melakukan reversal lagi setakat ini.
Ke manakah hala tuju Gocean? Kita harus tunggu dan lihat adakah saham ini bakal menuju ke paras sokongan 0.145, bertahan dan seterusnya membuat reversal ataupun gagal bertahan dan terus menurun.
3. XOX BERHAD (XOX) (0165)
XOX Berhad adalah pengendali rangkaian maya mudah alih yang ditubuhkan pada tahun 2005 yang menyediakan perkhidmatan telefon bimbit di Malaysia melalui infrastruktur rangkaian 4G +, 4G, 3G dan 2G Celcom. XOX yang berada di dalam sektor telekomunikasi dan media, disenaraikan di Papan Ace Bursa Malaysia.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental XOX

XOX mempunyai modal pasaran sebanyak RM368.26 juta. Kaunter ini boleh dikategorikan sebagai kaunter yang berat kerana bilangan unit saham yang berada di pasaran adalah sebanyak 3.069 bilion unit saham. XOX telah mencatatkan kerugian pada suku kedua dan ketiga 2020; masing-masing mencatatkan kerugian bersih RM4.01 juta dan RM11.33 juta. Keadaan kewangan yang tidak kukuh ini sudah pasti menghilangkan keyakinan para pelabur.
Terbaru, XOX ingin membangunkan AntChain-powered blockchain dalam sektor farmaseutikal. Selain daripada itu, XOX telah mengumumkan hasratnya untuk meneroka penyebaran rangkaian mudah alih generasi kelima (5G) serantau dengan kerjasama kumpulan telekomunikasi China. Syarikat miliknya XOX Media Sdn Bhd telah menandatangani Perjanjian Perjanjian (HoA) dengan Jiangsu Sulian Asset Management Co.Ltd (Sulian Capital) dan menjalin kerjasama dengan syarikat telekomunikasi China yang tidak didedahkan untuk perniagaan 5G.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal XOX

Sebelum rally kenaikan harga kaunter ini, paras resistance yang kuat adalah pada paras RM0.08. Harga terakhir ketika artikel ini ditulis adalah RM0.120. Daripada carta, kita dapat lihat penjual menguasai pasaran dan terus menerus menjual sepanjang bulan September. XOX dilihat masih berada dalam aliran downtrend dan tiada tanda-tanda kaunter ini akan melakukan reversal lagi setakat ini.
Selagi tiada reversal signal, selagi itulah ada keberangkalian kaunter ini boleh jatuh.
Ke manakah hala tuju XOX? Kita harus tunggu dan lihat adakah saham ini bakal menuju ke paras sokongan 0.08, bertahan dan seterusnya membuat reversal atau pun gagal bertahan dan terus membuat penurunan.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)