• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Perkembangan Covid-19

in Berita
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Bursa Malaysia dibuka dalam sentimen tidak menentu hari ini, didorong oleh ketidakpastian di peringkat tempatan dan asing membabitkan pemulihan ekonomi ketika pandemik COVID-19 terus menjadi penggerak utama pasaran.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.98 mata kepada 1,508.49 berbanding 1,509.47 sewaktu dagangan ditutup semalam.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 204 berbanding 129 manakala 229 kaunter lain tidak berubah, 1,562 tidak diniagakan dan 20 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 198.20 juta unit bernilai RM141.76 juta.

Sementara itu, Malacca Securities dalam nota penyelidikan ekuitinya hari ini menyifatkan reaksi penjualan saham itu berkait rapat dengan jangkaan bilangan kes-kes jangkitan COVID-19 pada akhir bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata kes harian COVID-19 di Malaysia menyaksikan peningkatan ketara sejak beberapa hari lepas dan dijangka kekal mendadak bagi tempoh sekurang-kurangnya dua hari sehingga seminggu.

“Bagaimanapun, spekulasi mengenai kemungkinan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 telah dilenyapkan oleh pengumuman terbaharu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang boleh memberi sedikit kekangan terhadap jualan saham secara ketara,” katanya.

Menurutnya, saham-saham berharga rendah dan kaunter di pasaran secara meluas juga telah susut yang boleh disusuli dengan tindakan pengambilan untung segera dalam masa terdekat berikutan peningkatan kes COVID-19.

Di peringkat teknikal, FBM KLCI telah membentuk sentimen kurang memberangsangkan selepas menolak paras EMA20 harian apabila indeks petunjuk utama itu susut dan melenyapkan kenaikan hariannya semalam.

“Berikutan keadaan itu, unjuran paras 1,500 kini timbul semula dengan paras rintangan segera pada 1,480 dan seterusnya 1,450 manakala paras sokongan pada 1,520 dan 1,540,” katanya.

Di peringkat antarabangsa, seorang penganalisis berkata keputusan Presiden Donald Trump untuk mengakhiri perbincangan dengan pemimpin Demokrat mengenai pakej rangsangan baru iaitu beberapa jam selepas gesaan dibuat Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell, telah menyebabkan sentimen pasaran yang lebih rendah.

Media kewangan Bloomberg melaporkan, Trump telah bertindak mengarahkan wakilnya untuk menangguhkan rundingan itu sehingga selepas pilihan raya atau pemilihan presiden itu pada 3 November.

“Sebaik saya menang, kita akan meluluskan rang undang-undang rangsangan utama yang memberi tumpuan terhadap kalangan rakyat yang bekerja keras serta perniagaan kecil,” kata Trump menerusi akaun Twitter pada Selasa.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi MISC turun 38 sen kepada RM6.73, Maybank rugi tiga sen kepada RM7.16, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.00 manakala Top Glove naik lapan sen kepada RM8.72.

Bagi saham paling untung, UWC menambah 20 sen kepada RM6.50 dan JF Technology naik 10 sen kepada RM3.88 manakala kaunter rugi adalah Malaysia Pacific yang turun 12 sen kepada RM19.00 dan PNE PCB susut 11 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 6.17 mata kepada 10,884.16 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 19.20 mata kepada 13,009.70.

FBM 70 sebaliknya merosot 17.14 mata kepada 14,257.01, Indeks FBMT 100 naik 4.04 mata kepada 10,710.54, dan FBM ACE menokok 39.75 mata kepada 10,281.10.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 30.98 mata kepada 12,418.89, Indeks Perladangan naik 20.98 mata kepada 6,984.56 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.55 mata kepada 140.10.

— BERNAMA

Share974ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In