• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Mr DIY Sedia Untuk Disenaraikan Di Papan Utama Pada 26 Okt

in Catalyst
A A
Mr DIY Meterai Perjanjian Taja Jamin Dengan Enam Bank

Sumber Gambar : DIYinternational

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 6 Okt  (Bernama) — Peruncit kelengkapan penambahbaikan kediaman, MR DIY Group (M) Bhd, yang berhasrat mengumpul sejumlah RM1.5 bilion daripada pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO), telah bersedia untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 26 Okt.

IPO terbesar untuk tahun 2020 itu telah ditetapkan pada RM1.60 sesaham, kata Ketua Pegawai Eksektuif Adrian Ong pada persidangan akhbar yang dilakukan secara maya bersempena dengan pelancaran prospektus syarikat di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata prestasi syarikat terus berdaya tahan selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan COVID-19, dan ini membuka peluang kepada syarikat untuk menggerakkan semula IPO berkenaan.

Untuk separuh pertama berakhir 30 Jun tahun ini, jualan syarikat ialah sebanyak RM1.025 bilion berbanding RM1.088 bilion dalam tempoh yang sama 2019.

Untuk tahun penuh 2019, jualan melonjak kepada RM2.25 bilion daripada RM1.77 bilion pada 2018.

Syarikat itu yang merupakan peruncit terbesar kelengkapan penambahbaikan kediaman di Malaysia, dengan anggaran penguasaan pasaran 29.1 peratus pada 2019, berharap dapat meningkatkan jumlah cawangannya kepada 981 menjelang 2021 daripada 674 pada masa ini.

Ia merancang membuka 307 cawangan baharu dalam tempoh dua tahun, terdiri daripada 200 kedai  ‘MR DIY’, 47 ‘MR TOY’ dan 60 ‘MR DOLLAR’.

Daripada jumlah cawangan yang ada sekarang, empat ialah di Brunei.

IPO MR DIY terdiri daripada tawaran untuk penjualan berjumlah sehingga 753.09 juta saham sedia ada dan terbitan awam sebanyak 188.40 juta saham baharu.

Tawaran jualan terdiri daripada 161.53 juta saham, dengan 125.53 juta tersedia untuk permohonan warga Malaysia dan 36 juta saham diperuntukkan bagi permohonan oleh pengarah, pekerja dan mereka yang menyumbang kepada kejayaan kumpulan.

Tawaran institusi pula berjumlah sehingga 779.96 juta saham dengan 470.75 juta saham diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Baki 309.21 juta saham ialah untuk institusi Malaysia dan pelabur terpilih (selain daripada Bumiputera yang diluluskan oleh MITI), institusi asing/pelabur terpilih di luar Amerika Syarikat dan pembeli institusi yang berkelayakan di AS.

IPO syarikat telah mendapat sokongan daripada beberapa pelabur terkenal dunia termasuk Aberdeen Standard, AIA, BlackRock, FIL Investment Management, JPMorgan Asset Management dan Pictet Asset Management.

Pelabur asas menguasai 76 peratus daripada tranche penawaran institusi (tidak termasuk saham yang ditawarkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI).

MR DIY akan mengumpulkan sekitar RM301.4 juta daripada terbitan awam 188.4 juta saham baharu untuk syarikat dengan RM276.1 juta akan digunakan untuk membayar semula pinjaman bank.

Mengenai penyenaraian syarikat, permodalan pasarannya disasar mencecah RM10 bilion.

Syarikat itu telah mengguna pakai dasar dividen yang menyasarkan pulangan 40 peratus daripada pendapatannya kepada pemegang saham.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share923ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In