fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kumpulan AirAsia Umum Penutupan Operasi AirAsia Japan

in Catalyst
A A
AirAsia Dijangka Ulangi Langkah Pemberhentian Pekerja

Sumber Gambar : Nikkei Asian

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — AirAsia Group Bhd mengumumkan penutupan operasi AirAsia Japan Co Ltd untuk mengurangkan beban kewangan syarikat dan kumpulan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya keputusan itu diambil berikutan situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin teruk oleh pandemik COVID-19.

“Kami akan membuat pengumuman lebih lanjut jika perlu mengenai perkara ini dalam masa terdekat,” katanya.

Kumpulan itu mempunyai 66.91 peratus kepentingan ekuiti dalam AirAsia Japan dengan hak mengundi sebanyak 33 peratus. 

Pengarah Perwakilan dan Ketua Pegawai Operasi AirAsia Japan, Jun Aida, berkata di sebalik usaha yang berterusan untuk mengekalkan operasi melalui inisiatif pengurangan kos, syarikat memutuskan bahawa ia amat mencabar untuk meneruskan operasi tanpa sebarang kepastian mengenai pemulihan selepas pandemik.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada pelanggan kami yang setia dan pihak berkepentingan yang telah menyokong kami selama ini. Keputusan sukar untuk menghentikan operasi ini diambil bukan secara tergesa-gesa atau diambil ringan. Ia telah dipersetujui selepas melakukan kajian perniagaan secara menyeluruh. 

“Langkah lanjut kepada keputusan ini akan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan termasuk Akta Aeronautik Awam Jepun. Kami telah membatalkan semua penerbangan. Semua pelanggan yang terjejas akan dihubungi melalui e-mel dengan maklumat lanjut dalam masa tujuh hari akan datang,” katanya dalam kenyataan.

AirAsia Japan berkata penutupan itu hanya menjejaskan penerbangan domestik dan antarabangsa yang dikendalikan oleh AirAsia Japan di Jepun dengan kod surat DJ dan tidak menjejaskan penerbangan lain ke dan keluar dari Jepun yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan lain dalam Kumpulan AirAsia.

“Perkhidmatan antarabangsa ke Jepun, dari Malaysia, Thailand dan Filipina akan disambung semula pada masa depan selepas sekatan perjalanan ditarik balik dan sempadan dengan Jepun dibuka semula,” katanya. 

Sejak penubuhannya pada Julai 2014, syarikat itu berkata pihaknya telah menjalankan penerbangan domestik dan antarabangsa dari pangkalannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair, terletak di luar Nagoya. 

“Sekatan perjalanan dan keadaan yang tidak menentu menjejaskan permintaan untuk perjalanan perniagaan dan percutian menyebabkan pengurangan dan pembatalan penerbangan. Faktor ini telah memberi impak kepada keupayaan syarikat untuk terus beroperasi,” katanya. 

Pada Khamis lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu sedang menilai semua opsyen termasuk langkah menutup operasinya di Jepun. 

“Kami perlu melihat pelbagai kemungkinan termasuk menutup operasi. Kami belum mencapai sebarang keputusan mengenainya,” katanya.

— BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share400ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

3 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

3 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

3 days ago
Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?
Catalyst

Untung Bersih Bermaz Auto Susut Kepada RM155.90 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In