• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Industri, Dasar Kerajaan Perlu Menyesuai Dengan Ekosistem Perniagaan Baharu

in Berita
A A
Industri, Dasar Kerajaan Perlu Menyesuai Dengan Ekosistem Perniagaan Baharu

Sumber Gambar : AmInvest

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Pandemik COVID-19 memerlukan Malaysia untuk menyesuai dengan perubahan dan ekosistem perniagaan baharu, menurut penyelidikan AmBank Malaysia Bhd.

Ia berkata keadaan sudah pasti telah berubah, industri perlu menjajarkan semula dan mempelbagaikan jalur pengeluaran, memperluas skop kerjasama rentas sempadan untuk menyesuai secara lebih baik dengan perubahan penawaran global serta kejutan permintaan.

Dasar kerajaan pula seharusnya menumpukan sokongan perniagaan tempatan untuk membolehkan mereka menyusun semula strategi, merombak dan menetapkan kembali model berasaskan peralihan dalam pasaran pengguna, pelaburan dan perdagangan dunia, katanya.

“Mereka perlu meneroka dan memudahkan usaha inovatif untuk memanfaatkan landskap global yang berubah. Dasar dan dasar strategi sewajarnya ditetapkan untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan perniagaan dengan negara rakan kongsi melalui kerjasama inovatif,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

AmBank berkata terdapat juga keperluan untuk memulakan usaha pelaburan dan perdagangan dalam bidang baharu bagi pertumbuhan masa depan dan pada masa sama meningkatkan kedudukan pasaran untuk kekal relevan.

Selepas berdekad-dekad menumpukan sektor elektrik dan elektronik (E&E), penekanan perlu diberikan kepada bidang baharu yang sedang berkembang seperti kesihatan, pembuatan peranti perubatan, teknologi digitak dan industri makanan halal, katanya.

Kalangan syarikat dan kerajaan seharusnya memikirkan semula langkah untuk memastikan daya tahan dalam rantaian bekalan global susulan kesan pandemik COVID-19.

“Bagi sesetengah pandangan, rantaian bekalan perlu dikawal atau dimiliki semula oleh kerajaan susulan pendemik, atau sekurang-kurangnya dipendekkan untuk mengurangkan risiko daripada pendedahan global.

“Syarikat mungkin perlu mempertimbangkan semula keputusan penyumberan, sekali gus membawa kepada pesanan semula bagi pengeluaran global dengan implikasi meluas yang berpotensi, terutama bagi negara-negara membangun,” menurutnya.

AmBank berkata kerajaan sewajarnya mempertimbangkan semula senarai barangan strategik yang mempunyai keperluan untuk pengeluaran domestik atau mengenakan kekangan penyumberan baharu ke atas perniagaan.

“Ia perlu menyemak amalan pemerolehan, dengan mengambil kira persekitaran dasar perdagangan dan pelaburan yang boleh menyokong daya saing seperti infrastruktur digital untuk mempertingkat produktiviti atau penambahbaikan amalan pemudahan perdagangan untuk meminimumkan skop gangguan berkaitan proses bersemuka.

“Kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan pengaturan khas bagi rantaian bekalan khusus untuk barangan strategik. Bagaimanapun, ini tidak seharusnya disamakan dengan menempatkan kembali pengeluaran,” katanya.

Secara kesimpulannya, landskap global yang berubah sebaliknya dapat mengemudi ekonomi dengan memperkukuh dasar domestik yang boleh menyediakan peluang untuk dimanfaatkan bagi menangani cabaran, menurut AmBank.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share210ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In