fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hong Seng, RPIB Bekerjasama Dapatkan Ubat Dan Vaksin Covid-19

in Catalyst
A A
Hong Seng, RPIB Bekerjasama Dapatkan Ubat Dan Vaksin Covid-19

Sumber Gambar : Facebook Hong Seng Group

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — HS Bio Suplies Sdn Bhd, unit Hong Seng Consolidated Bhd telah memeterai perjanjian konsortium tidak diperbadankan dengan anak syarikat RP Integrated Bhd (RPIB), Royce Pharma Manufacturing Sdn Bhd bagi mendapatkan ubat dan vaksin COVID-19 daripada firma China, Fosun Pharmaceutical Group Co Ltd untuk pasaran Malaysia dan kemungkinan di Asia Tenggara.

Pengerusi Hong Seng Consolidated Datuk Teoh Hai Hin berkata selain kerjasama dengan Royce Pharma Manufacturing membabitkan pengedaran Fosun, HS Bio Supplies juga dalam perbincangan dengan Chongqing Pharmaceutical Group Co Ltd membabitkan hak pengedaran produk perubatan dan penjagaan kesihatan.

“Kita percaya sebaik sahaja hak pengedaran itu diperolehi, ia akan menjadi satu pencapaian besar untuk HS Bio Supplies. Pada masa sama, ini turut memberi jaringan keselamatan untuk rakyat Malaysia kerana dapat membantu negara memerangi gelombang baharu jangkitan COVID-19 berikutan terdapatnya vaksin berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Royce Pharma Manufacturing Zainal Ariff Mahmood berkata masih terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan sebelum hak pengedaran itu diperolehi.

Antaranya mendapat kelulusan relevan berkaitan produk dan pendaftaran dengan Agensi Farmaseutikal Kebangsaan selain bekerjasama dengan Pharmaniaga Bhd dan pihak berwajib dalam usaha pengagihan vaksin itu secara teratur.

“Ini berikutan bagi pengedaran vaksin berkenaan, mana-mana syarikat swasta yang tiada akreditasi dan berlesen sebaliknya perlu bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal,” katanya.

Menurutnya, Royce Pharma Manufacturing mempunyai kapasiti dan sumber untuk memberi sokongan itu sejajar kedudukannya yang memiliki lesen, diakreditasi dengan kemudahan penuh untuk mengendalikan produk perubatan dan ubat-ubatan serta telah lama berperanan sebagai kumpulan farmaseutikal.

“Ini termasuk pendaftaran produk, bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tugasan berkaitan farmaseutikal dan bekerjasam dengan Pharmaniaga mengenai logistik dan akses rangkaian yang menjadi sebahagian daripada peranannya dengan konsortium bersama HS Bio Supplies,” katanya.

Zainal Ariff berkata, HS Bio Supplies akan bertanggungjawab memberi sokongan bagi pendaftaran produk; berurusan dengan pihak berkenaan dari China; menyediakan pembiayaan yang akan dipersetujui oleh pihak-pihak terbabit selain menyediakan perkhidmatan logistik untuk pihak ketiga dan seterusnya jika wujud keperluan sedemikian.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share254ShareSend

Related Posts

Pekat Cadang Ambil Alih 60 Peratus Kepentingan Dalam Apex Power Pada Harga RM96 Juta
Catalyst

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

17 hours ago
Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

19 hours ago
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

24 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In